Chapter 12 ; Step

16 3 0
                                    

Rayqal memarkir kereta di halaman rumahnya. Taqif sudahpun di hantar balik. Hanya dia dan Hakim di tempat duduk sebelah. Senyap sunyi, Rayqal mula bersuara.

"Aku tau, kau confius.."

Hakim tidak membalas.

"Ni.. rumah aku. Aku tinggal sorang"

Hakim masih diam.

"Kau tak payah risau, pasni kau..."

"Apa maksud kau, dia bukan papa yang baik untuk kau. Rayqal, siapa kau sebenarnya"

Rayqal menghembus nafas panjang.

"Pergi ambil beg, kemas barang, lepastu mandi. Bilik kau nanti aku tunjuk. Lepas kau dah relaks, aku cerita semuanya"

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Hakim meneguk air coke di dalam gelas itu sehingga habis. Dia menahan daripada air matanya jatuh.

"Jadi kira.. aku adik tiri kau lah ni.."

"Logiknya, ya.."

"Means.. selama ni kau pernah rasa apa yang aku rasa.."

"Yes.."

Hakim tertunduk malu. "Rayqal, aku minta maaf. Disebabkan papa kahwin dengan mak aku, kau merana"

"Aku dah lupakan."

Mereka sama sama mengeluh.

"Berapa umur kau sebenarnya ?"

"23 Tahun"

"Kenapa aku rasa dunia ni terlalu kecil. Macam kebetulan. Kau jumpa aku dalam misi menyiasat kau"

Rayqal mengangkat bahu, tanda dia bersetuju dan juga tiada idea. Tiba tiba, Hakim tersengih.

"Dah kenapa kau"

"Kalau misi ni bukan sulit. Dah lama aku nak bagitau satu dunia yang aku ada abang tiri terra menyiasat macam kau"

Rayqal membaling sapu tangan pada wajah Hakim dan tertawa perlahan. Dia bangun, mencapai kunci kereta.

"Kau nak pergi mana ?"

"Aku ada meeting. Kau nak makan pergi lah masak meggi kat dapur. Air ada macam macam dapat peti sejuk. Nak tengok TV, ada netflix"

"Serious lah ?"

Rayqal tersengih. Lantas dia mengambil sweater birunya dan keluar.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"Kita tetapkan plan baru. Team Gamma akan ambil alih penyiasatan di IUCC dan Team Beta akan bergabung dengan Alpha untuk menyiasat di Victoria Highschool College"

"Yes, aku pasti, Incognito memang berada di dalam kawasan sekolah. Atau berdekatan. Yang penting, dia memang di kawasan penyiasatan Alpha."

"D sorang memang tak cukup. Kteorg perlukan hacker dari Team Beta juga untuk bantu. Tapi kita takkan biarkan IUCC kosong. Gamma akan bertugas kat sana"

"Ada bantahan ?"

Bilik mesyuarat dipenuhi desas desus perbincangan unit masing masing. Mereka menyuarakan persetujuan mereka dan keberkesanan plan baru ini.

Masquerade ; NerdWhere stories live. Discover now