Rayqal menahan. Menahan selagi boleh. Kata si dia, belum masanya untuk menunjukkan taring. Jadi dia terpaksa menahan. Menahan tangan Hakim sekuat hatinya agar genggaman Hakim pada lehernya tidak membuatkannya berhenti bernafas.
Jika Rayqal menahan sehabis boleh, Hakim pula mencekik Rayqal sekuat hatinya.
"Kau pernah rasa tak kena bantai dengan bapak kau, Rayqal ! Aku kena sebat sebab kau ! Kau pernah rasa tak Rayqal !"
Pernah. Tapi Rayqal tidak mampu menjawab. Dia kehabisan tenaga. Genggaman Hakim pula semakin kuat. Rayqal masih mencuba menahan genggaman Hakim.
"Aa..ahhaa kim !"
Hakim menggenggam leher Rayqal. Rayqal menggenggam tangan Hakim. Cuba teka, genggaman siapa yang dilepaskan dulu.
Ya. Tepat sekali.
Genggaman Rayqal semakin lemah. Dia sudah bersedia untuk rebah. Dan akhirnya Hakim melepaskan genggamannya. Itupun setelah namanya dijerit Adam.
"HAKIMI !" Adam ingin mencarut. Tetapi kebetulan kereta cikgu Mawardi berhenti disitu.
Syah dan Cikgu Mawardi mengejar Hakim. Adam pula berlari ke arah Rayqal yang sudah terduduk, bersandar pada dinding, menunggu masa untuk tubuhnya jatuh ke tanah kerana dia sudahpun tidak sedarkan diri.
"Shit. Rayqal ! Rayqal !"
"Rayqal !"
"Rayqal !"
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Hospital yang sama sewaktu dia dimasukkan ke hospital setelah didera bapanya. Dan kali terakhir Rayqal lihat bapanya adalah ketika bapanya mencekik lehernya.
Kali terakhir itu adalah bertahun tahun yang lalu. Dan kini ianya berulang kembali. Dan bezanya kali ini adalah pelakunya.
"Kau pernah rasa tak kena bantai dengan bapak kau !"
Ya dia pernah. Malah lebih teruk.
Rayqal membuka matanya perlahan lahan. Dan semestinya leher Rayqal terasa sakit. Garisan bewarna merah jelas sekali kelihatan. Dia memandang Adam yang dari tadi memerhatikannya.
"Dah bangun dah ? Kau nak apa apa tak"
"Syah mana ?"
"Tuuu"
Adam menjuihkan bibirnya ke arah Syah yang tertidur di atas kerusi.
"Hakim ?"
"Cikgu Mawardi bawa dia pergi balai. Tapi dia dibebaskan dengan jaminan"
"Siapa yang jamin dia ?"
"Bapak dia"
Sayang juga bapak dia dekat dia. Rayqal berbisik sendirian.
"Cikgu Mawardi pun hampir bawa Syah pergi balai"
Dahi Rayqal berkerut. "Apesal ?"
"Syah sempat belasah Hakim tadi"
Rayqal memandang Syah lagi, bibir dan pipinya luka akibat bergaduh dengan Hakim.
"Dah lama ke korang kat sini ?"
"Sejak kteorg bawak kau pergi sinilah"
YOU ARE READING
Masquerade ; Nerd
AksiMasquerade ; Behaviour that is intended to prevent the truth about something unpleasant or not wanted from becoming known. Sebuah permainan video bernama 'Versus' yang memerlukan tahap IQ tinggi telah menjadi permainan utama bagi pelajar pelajar di...