Chapter 11 ; His Comeback

11 3 0
                                    


Rayqal menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan. Menyampah sungguh, dia kesini bukan untuk belajar, tetapi untuk menyiasat. Sedang dia tekun, Adam menegur.

"Yow Rayqal, tak cakap pun rehat library ? Tinggal aku sorang sorang lagi ?"

Rayqal mendongak dan memerhati sekeliling. "Laah, Syah mana ?"

"Syah tak datang harini"

"Oh, patutlah tak nampak dari pagi"

Rayqal menyambung tugasannya. "Kau tak makan ke Rayqal ?"

"Puasa. Kau nak makan pergilah kantin, aku ada kerja sikit"

"Ceh. Puasa. Aku tahulah kau jenis budak budak takut cikgu. Kerja tak pernah tak siap"

"Bukan takut cikgu, tapi hormat cikgu"

Adam tertawa perlahan, terasa sedikit dengan kata kata Rayqal. Alang alang perutnya tidak terasa lapar, Adam menemani Rayqal di perpustakaan.

"Kau ni macam tak tidur seharian je.. Mata bengkak semacam. Kau tidur tak ?"

"Ni semua sebab homework ni lah.. Banyak sangat !" Alasan penipuan itu secara spontan keluar dari mulut Rayqal. "Kenapa Syah tak datang ?"

"Tak sihat kot. Tadi pagi aku call dia, serak je suara. Demam cinta agaknya"

"Demam cinta ? dengan siapa ?" Kening Rayqal terangkat sebelah, tidak faham.

"Eh, kau tak tahu ? Syah kan suka kat Hani"

"Ketua pengawas tu ? Dahtu ?"

"Cinta dia ditolak"

Rayqal terkedu sebentar. Kemudian dia tertawa terbahak bahak sehingga mengganggu privasi pelajar lain di perpustakaan.

"SERIUS ?!"

"Iyaaaaaaaa... Aku ingatkan kau tahu"

Rayqal tertawa perlahan sambil menggeleng geleng kepalanya. Dia menyambung kerja, menghabiskan lagi dua muka surat sebelum dia boleh berehat. Belum sempat pun dia menyelak, Warga perpustakaan diterjah dengan Taqif yang tiba tiba sahaja membuka pintu dan terburu buru lari ke arah Rayqal.

"B..bos, eh tak ! Rayqal.. Pengetua panggil ?"

Rayqal menjeling Taqif, mahu sahaja dia memijak mijak Taqif dan berharap Adam tidak perasan dengan sasulan Taqif.

"Kau bukan budak majalah tu ke ?" Adam menyampuk. Taqif tidak memperdulikan Adam, sebaliknya dia masih memandang Rayqal dengan penuh gelisah, seperti ada sesuatu yang terjadi.

"Okay.." Rayqal bangun dari kerusi. Belum sempat dia mengemas barang, Taqif menarik tangannya dan berlari ke luar perpustakaan. Mereka berhenti di hadapan Bilik Audio bersebelahan perpustakaan.

"Eh, kau kenapa ni ! Aku tak kemas lagi barang aku kat dalam."

"Ah ! Takde masa ! Kita kena serang !"

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"D, boleh kejar tak !"

Masquerade ; NerdWhere stories live. Discover now