Adam menyisip sedikit air coffee dari cawannya. Rayqal pula bermain main dengan straw. Dua dua memakai baju hospital bewarna biru cerah dengan coral strip dan duduk terdiam di dalam cafe hospital.
"Aku..." Serentak bersuara, mereka terdiam kembali.
"Kau dulu"
"Okay.." Rayqal mengambil nafas panjang dan menyambung niatnya "Aku, nak minta maaf" Rayqal tertunduk ke lantai. Tangan kirinya tergantung dek karana kecederaan bahunya.
"Teruskan, aku tak marah"
"Okay, aku nak minta maaf sebab sorok banyak sangat dari kau. Bukannya aku taknak bagitahu, tapi kau tahu lah kan masquerade.."
Adam mengangguk faham. Dia tersenyum kali ini, kebenaran itu menyakitkan, dia tidak nafikan, tetapi jika kena pada tempatnya, maka eloklah ia.
"Habistu, kau tetap nak berahsia ?"
"Ok la fine. Nama aku, Rayqal Affendi. Budak budak panggil aku alpha. Aku 23 tahun, kau boleh panggil aku abang"
"Ah sudah ! Itu aku tak setuju" Adam menepuk meja dan menuding jarinya ke arah Rayqal. Kemudian mereka tertawa.
"Ok la, ok la, Panggil aku Rayqal je. Hakim pun panggil aku by name juga even dia adik tiri aku"
Kening Adam ternaik sebelah. Kes ini dia belum pernah dengar lagi.
"Hakim ? Hakimi ? Hakim yang buli kau dulu tu ?" Rayqal mengangguk, mengiakan kata kata Adam, tersentak, Adam menekup mulutnya kerana terkejut.
"Hakim orang first yang tahu aku ni undercover kat sekolah tu. Kau perasan tak masa dia stop buli aku ?"
Adam mengangguk laju.
"Time tu lah aku bagitahu dia, aku pemegang player Alpha dalam Versus. And then, aku dapat tahu ayah dia tu sebenarnya ayah aku juga"
"What happened to you actually"
"Well I've told you my past, right ?"
Adam mengingat kembali kisah silam Rayqal. Memori traumanya semasa kecil semasa didera bapanya dahulu terlintas di dalam fikiran.
"Habistu, Hakim ?"
"Bapak aku kahwin dengan perempuan lain lepas tinggalkan aku, and tu lah, Hakim tu anak dyeorg"
Adam memejam mata, mencuba proses maklumat baru yang diterimanya. Dunia ini kecil, macam macam yang kita tidak sangka terjadi sekelip mata. Kadang kadang sesuatu yang kita tidak jangka.
"And, Adam. Jangan salah faham , aku tawan ranking versus bukan seb-"
"Rayqal, forget it. Aku salah faham masatu, and sekarang aku dah faham kenapa kau tak boleh jujur. Kita kosong kosong, aku maafkan kau, kau maafkan aku ?"
Adam menghulurkan tangannya. Lama juga Rayqal memandang tangan Adam sebelum menyambutnya.
"Aku maafkan kau. Kita kosong kosong"
"Yes ! Alright, minggu depan kita jemput Syah sama sama. Ajak Hakim sekali"
Rayqal tersenyum. "Okay.." Mereka melepaskan tangan.
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
2
Bulan berlalu dengan pantas. Suhaimi ditahan dan dipenjara, Johar dihantar ke tali gantung, Syah dibebaskan dan Rayqal ? kembali memegang codename alpha untuk membawa pasukannya maju.
"Aku bukan apa, kau hutang aku dari minggu lepas tak bayar bayar"
"Alah, RM2 je pun !"
"Weh, kalau aku tak halal, kau masuk neraka tau"
YOU ARE READING
Masquerade ; Nerd
ActionMasquerade ; Behaviour that is intended to prevent the truth about something unpleasant or not wanted from becoming known. Sebuah permainan video bernama 'Versus' yang memerlukan tahap IQ tinggi telah menjadi permainan utama bagi pelajar pelajar di...