Chapter 17 ; Saving Life

6 3 0
                                    

"Nah.."

Hakim menawarkan sepinggan nasi goreng kepada Syah yang masih digari. "Aku tak sempat keluar so ini je yang ada.."

"Macam mana kau boleh ada dalam rumah Rayqal ?"

Hakim tersengih. "Mesti kau pelik kan ? Macam mana aku boleh tinggal serumah dengan orang yang aku pernah buli dulu ?"

Ya, Syah memang betul betul nampak buntu.

"Rayqal tu abang tiri aku. Kalau kau nak tahu, dia bukannya sebaya kita. Dia cuma jadi undercover kat sekolah untuk cari kau"

Syah semakin buntu. "Abang tiri ?!"

"Bulan lepas, kteorg baru tahu yang kteorg ni adik beradik tiri. Kalau kau nak tahu, Rayqal selamatkan nyawa aku, kteorg ada ayah yang sama. And ayah kteorg ni manusia paling teruk pernah aku jumpa"

Syah mengangguk perlahan. Hakim menggosok belakang badan Syah.

"Kau takyah risau. Rayqal pernah selamatkan aku. Aku yakin dia boleh selamatkan adik kau juga.."

Syah mengukir senyuman.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"Masalahnya, dia sendiri tak tahu adik dia kena kurung kat mana !"

Rayqal menggaru garu kepalanya. "Mamat Johar ni dah masuk penjara pun boleh buat jenayah lagi !" ASP Malik menendang dinding.

Syah mempunyai seorang adik perempuan, Syazlin namanya. Johar mempunyai organisasi di luar sana, dan memaksa Syah mencari Alpha yang telah menumpaskannya.

Johar telah menculik anaknya sendiri, bertahun lamanya dia menyorok Syazlin. Dia mengugut Syah, jika Syah gagal membunuh Alpha, maka dia tidak akan berjumpa adiknya lagi.

"Mesti dia sedih.." Taqif berbisik.

"Dia sedih bila dia tahu Alpha tu kawan baik dia sendiri. Dia kena pilih sama ada nyawa adiknya atau kawan"

Rayqal menggaru kepalanya sekali lagi. "Okay macam ni lah. Kita palsukan kematian aku"

ASP Malik memandang Rayqal.

"Kita palsukan kematian Alpha, and then kita spy. Bila masa Syazlin dipulangkan pada Syah, masa tu kita jalankan operasi untuk jatuhkan organisasi Johar yang merayap kat luar sana.

"Macam mana nak palsukan kematian kau, Rayqal ?"

"Media. Kita guna media, tanpa mendedahkan identiti sebenar aku"

"Maksudnya ?"

"Maksudnya..."

◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"Penyiasat termuda bernama Muhamad Rayzul Abdullah telah ditemui mati ditembak pagi semalam di Bandar Cyber dengan kesan tembakan di kepala. Penyiasat termuda ini, atau dikenali sebagai Alpha ditemui pada jam 10 pagi oleh orang awam. Mayatnya telah di hantar di Hospital Anwar untuk bedah siasat. Arwah pernah menumpaskan penggodam bernama Johar pada beberapa tahun yang lalu semasa beliau.."

Johar mengangguk faham. Salah seorang konconya menutup Komputer riba dan berlalu pergi. Berita palsu itu telah disiarkan di Media Televisyen kepada orang ramai. Nama sebenarnya dipalsukan.

Masquerade ; NerdWhere stories live. Discover now