Chapter 4 ; Suspect

22 3 0
                                    

Dalam mana mana kisah, pasti ada yang terlalu sempurna, dan pasti ada yang terlalu jahat.

Terlalu sempurna sehinggakan kita tidak boleh jumpa manusia ini di dunia nyata.

Terlalu jahat sehingga membuatkan kita rasa dia patut mati dibunuh.

Dalam dunia magis, apa yang kita lihat adalah helah semata nata. Kerana jika kita memberi perhatian pada tangan kanan, kebenarannya adalah terletak di tangan kiri.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Alpha merenung screen computer. Dia masih menunggu gerangan yang bakal memintasnya di Versus.

"Adam, make your move"

Dia berbisik sendirian. Dia tidak yakin bahawa Adam adalah suspek. Dan pilihannya cuma dua.

Jika Adam ialah Incognito, maka kerjanya sangat mudah.
Jika Adam bukan Incognito, maka dia memilih untuk bekerjasama dengan Adam untuk menumpaskan Incognito.

Tetapi dia tidak boleh terlalu yakin. Incognito tidak akan terlalu menunjukkan dirinya dikhalayak ramai, bukan ? Penjahat mana yang mahu dirinya menjadi perhatian. Tapi siapa tahu, itu mungkin helahnya untuk mendapatkan alibi.

Alpha menggaru kepalanya.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"Hyee Rayqal. Sorang je ke ? Takde bawa bodyguard ?"

Rayqal tersentak. Langkahnya dihentikan Hakim yang memakai Tshirt biasa dengan seluar panjang bewarna hitam. Dia tidak kesekolah, sudah semestinya kerana dia digantung. Rayqal meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan Hakim.

"Kau tahu tak macam mana teruk aku kena belasah dengan bapak aku yang sial tu, sebab kau !"

Sekali lagi, Hakim memaksa Rayqal menghentikan langkahnya.

"Kalau kau tak kacau aku, benda ni tak jadi"

"Ooooo, pandai kau jawab eh ?"

Rayqal mengeluarkan telefon pintarnya.

"Haa kenapa ? Nak panggil bodyguard mai datang backup kau ? Kalau dyeorg otw dalam masa 5 minit, 5 minit tu lah aku belasah kau cukup cukup"

"Hello ?"

Hakim hanya tertawa sinis melihat gelagat Rayqal yang cuba memanggil bantuan.

"Kau rasa aku patut buat ke ?"
..
"Oh lain kali. Bukan hari ni ? Habistu bila ?"
..
"Jadi nak postpone dulu lah"
..
"Alright alright"

Rayqal menamatkan panggilan dan menyimpan kembali telefonnya. Dia melihat jam sekilas bagi memastikan dia tidak lambat ke sekolah. Hakim jadi ragu, nampak gayanya Rayqal tidak memanggil bantuan. Jadi siapa yang dia telefon tadi ?

"Hakim. Aku nak pergi sekolah. Kau tak serik ke kena gantung lepas belasah aku ?"

Sekali lagi Hakim jadi bingung. Mengapa Rayqal yang dia jumpa hari ini tidak sama dengan Rayqal yang dia kenal dahulu.

"Sejak kau berkawan dengan Ad, jadi lain kau ya ? Kuat melawan."

Hakim sudah hilang sabar. Dia mendekati Rayqal dan menolak badannya sehingga jatuh.

Masquerade ; NerdWhere stories live. Discover now