Chapter 15 ; Little Good in Bad

6 3 0
                                    

"I dont think he's a bad guy"

Taqif yang sedang mengemas, terhenti apabila mendengar luahan Rayqal. Hakim yang sedang bermain telefon juga turut memandang Rayqal.

"Who ?"

"Syahrizal.."

"Rayqal, stop fikir pasal kerja sekejap. Kau dah nak keluar hospital kejap lagi, nanti bila sampai rumah rest dulu"

"I'm not even sick. I'm totally fine"

"Tapi at least.."

"Aku rasa ada yang tak kena dengan Syah"

Rayqal tak mahu mengalah. "Rayqal, kita dah hampir ke penghujung. Cuma cari bukti je..." Taqif juga turut tidak mengalah

"Em.. guys, kalau nak bincang pasal.. err.. hal kerja, aku... boleh keluar "

"Its okay Hakim. We'll stop here" Rayqal menghentikan isu tersebut. Setelah habis mengemas, Rayqal mendaftar keluar dan mereka pulang ke rumah.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"Daddy.. please let her go, dia tak bersalah"

"Kill that guy first"

◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Rayqal pulang ke rumah. Pakaian sekolahnya ditukar. Dia mengambil kunci kereta dan terus keluar. Baru seminggu lepas dia keluar dari hospital, kini dia pergi kembali. Dia menggosok gosok matanya yang mula kabur. Bunyi telefon memaksanya meraba raba kerusi penumpang.

"Bos, kat mana ?"

"Kenapa"

"Kita dah ada bukti, kita dah ada suspek, takkan boss nak lambat lambat kan lagi"

"Ada something wrong. Nanti kita bincang"

Panggilan ditamatkan. Dia membuat pusingan U akibat tersalah jalan semasa bertelefon tadi. Papan tanda jalan juga dia tidak perasan.

Sesampai sahaja, dia parkir di tempat parking kawasan hospital. Hanya dia, tanpa pengetahuan sesiapa. Dia tidak boleh terburu buru menyelesaikan kes, tetapi dia juga tidak mempunyai masa.

Puas dia berfikir. Jalan penyelesaian terbaik hanyalah dengan mengorbankan dirinya. Dia perlu, walaupun dia tak patut. Lagipun, dia terpaksa, kerana waktu yang dia ada sangat singkat. Selang 3 jam, dia balik semula ke kereta. Fail kertas bewarna coklat diletakkan di tempat duduk belakang.

Sambil dia memandu keluar dari perkarangan hospital, matanya tertumpu pada fail tersebut. Dan pada ketika itu, satu panggilan masuk. Dari Rose.

"You kat mana ?"

"Kenapa semua orang tanya benda sama ni, bukannya I hilang seminggu"

"Yelah, you free tak ?"

"Kenapa ?"

"Datanglah kat Restoran biasa kita lepak. I ada benda nak cakap"

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"Uish ?"

Rayqal duduk di tempat duduk kosong berhadapan dua insan. "Ingatkan Rose je ada, penting sangat ke sampai kau pun ada ?" Hakim tersengih. Makanan telahpun dipesan. Nasi putih tiga pinggan dan lauk pauk yang mereka pesan. Seperti tahu tahu sahaja apa yang selalu dipesan oleh Rayqal.

Masquerade ; NerdWhere stories live. Discover now