Chapter 10 ; Memories

14 3 0
                                    


"Adam Zuhair Bin Husaini Zuhair"

"Saya cikgu"

"Muhammad Hakimi Fairuz Bin Suhaimi"

"Saya.."

"Syahrizal Yahya Bin Syahjohar Anwar"

"Saya cikgu"

"Rayqal Affendi Bin Suhaimi"

"Saya cikgu "

Selesai memanggil kesemua senarai nama dendaan sesi 15 April, guru disiplin tu menandatangani rekod mereka masing masing. Cikgu cikgu yang bertugas telahpun memeriksa tempat tugasan dan semuanya telah bersih. Mereka berenam telahpun berada di sekolah sejak pagi tadi.

Dan kini, hari sudah pun petang.

"Bagus. Lepasni saya harap kesalahan yang sama tak akan berulang lagi. Kamu semua boleh balik"

"Terima kasih cikgu" serentak mereka mengucapkan terima kasih. Kemudian, masing masing mengeluh penat.

Rayqal, Adam dan Syah berjalan bersama keluar dari sekolah. Agak pasrah juga bila plan mereka hari ini tidak menjadi.

"Minggu depan lah kita lepak"

"Sorry guys. Sebab aku juga kita kena macam ni" Rayqal meminta maaf.

"Tak adalah. Sebab aku. Aku yang start bertumbuk dulu" Syah menidakkan kata kata Rayqal.

"Guys. Kita tak salah. Yang salahnya Hakim. At least kita dapat peluh hari ni. Rayqal, kau balik dengan siapa ? Nak tumpang aku tak"

"Tak apa. Abang aku amik" Rayqal menipu sekali lagi. Mereka berpecah setelah keluar dari sekolah. Jujur, hari tersebut adalah hari yang sangat memenatkan.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Rayqal termenung di hadapan cermin biliknya. Dia rasa gementar pula tiba tiba. Dia berasa lapar, sejak pagi belum makan. Badan sudah pun segar setelah mandi tadi walaupun penatnya belum hilang. Mahu masuk tidur, malam masih muda. Tiada apa apa yang perlu diperbaharukan di bilik kerjanya.

Kemudian, dia terpandang kotak hitam yang diberi Rose. Kotak itu duduk diam sahaja di tempatnya, menunggu masa untuk dibuka.

Dia mencapai kotak itu. Kata Rose, jika dia ada masa baru buka kotak itu. Dan Rose akan menerangkan segala galanya.

Explain what ?

Apa yang perlu diterangkan, Rayqal tidak tahu. Perlahan lahan, dia membuka kotak itu.

Dan yang terkandung di dalamnya hanyalah beberapa gambar polaroid. Gambar polaroid yang memaparkan kisah lamanya.

"Dad ?"

Ya. Gambar ayahnya. Gambar ayahnya yang sekarang.

"Oh. He s still alive"

Rayqal mengeluarkan semua polaroid di dalam kotak itu. Banyak juga. Dia meneliti satu persatu gambar ayahnya. Apa tujuan Rose memberikan gambar manusia cilaka ini ?

Tatapannya telahpun sampai pada gambar ayahnya bersama dengan seorang perempuan. Perempuan mana pun dia tidak tahu. Mungkin isteri bapanya yang sekarang. Dia tidak kenal dan tak perlu kenal. Rayqal meneruskan dengan gambar gambar yang lain.

Wajah bapanya masih sama, cuma tua sedikit. Gayanya masih sama, tapi perangainya dia tidak tahu.

Sehinggalah, dia sampai di gambar bapanya bersama keluarga yang sekarang. Keluarga baharu. Bapanya, isteri bapanya, dan juga anak mereka. Anak mereka yang sudahpun remaja.

Masquerade ; NerdWhere stories live. Discover now