"Babah, bila nak sampai rumah Pakcik Azim ni? Dah lama duduk dalam kereta ni," tuturku manja lagi mengada. Biasalah umurku baru mencecah lapan tahun.
"Sabarlah anak manja babah. Sekejap lagi sampailah. Qish tidur dulu. Nanti dah sampai, babah dengan mama akan kejutkan Qish," ujar babah, sempat mengerling ke bahagian duduk belakang seketika.
"Alaa.. kalau Qish tidur, nanti baju raya Qish ni comot pula. Karang mama marah hah, babah nak tanggung?" soalku tulus. Aku pandang ke bahagian duduk sebelah pemandu. Fuhh.. nasib mama tidur nyenyak. Tak dengar butir bicaraku dengan babah.
"Eh Qish ni, menjawab. Yalah yalah. Dalam sepuluh minit lagi kita sampai rumah Pakcik Azim," terang babah.
"Jadi maknanya, kita dah sampai Temburunglah bah? Temburung ni salah satu daerah Brunei Darussalam kan bah? Qish ada belajar kat sekolah," tuturku sambil memerhatikan ke luar tingkap.
Walaupun umurku masih kecil, tetapi dapatku bezakan bandar dan daerah ni. Sungguh berbeza. Bandar banyak bangunan, kedai-kedai, rumah-rumah dan macam-macam. Di Temburung ni pula, banyak hutan. Kedai pun sedikit saja. Dapat dikira dengan jari. Aku tengok, banyak pokok-pokok menghijau saja dalam kata lain, banyak hutan.
"Ya sayang, nilah Temburung. Cantik kan? Full of green.Qish suka colour hijau kan?" Dalam babah berkata-kata, aku tahu babah tersenyum senang melayan kerenahku yang memang bising bila berada di dalam kereta.
"Ya, Qish suka sangat colour hijau. Suatu hari, Qish nak tinggallah kat sini. Especially dekat green-green tu," jeritku riang. Green-green tu bermaksud hutan bagiku. Obses sangat dengan hijaulah aku ni.
"Aik habis tu Qish tak nak tinggal dengan babah dan mama lagi ke? Alaa sedihlah babah macam ni," rajuk babah hanya berpura-pura. Eh babah ni, macamlah umur tu sama macam aku.
"Alaa babah.. bukan selamanya. Qish nak rasa je macam mana tinggal situ. Bukan selamanya. Tak naklah jauh dengan babah dan mama," tuturku meleret-leret.
"Nak ke Qish tinggal hutan? Situ tak ada school, zoo, taman dan yang paling penting, tak ada kawan-kawan dan keluarga Qish," kata babah sambil membelok ke kanan. Aku terpandang sebuah rumah agam. Agaknya rumah Pakcik Azim.
"Ya ke macam tu? Bosanlah kalau tak ada semua tu. Okeylah Qish tak nak duduk hutan," ujarku sambil menayangkan wajah takut. Takut membayangkan bagaimana hayatku kalau betul tinggal di hutan.
"Hah tahu takut," gelak babah sambil menggerakkan bahu mama dengan lembut. Selepas mama terjaga, kami bertiga keluar dari kereta, menuju ke depan pintu Pakcik Azim.
"Assalamu'alaikum Abang Azim, Kak Ainun. Kami datang ni nak beraya," laung babah dengan gaya keanak-anakan sepertiku. Apalah babah ni, kuat bergurau betul.
"Hah wa'alaikumussalam. Lambatnya korang sampai. Si Haiqal dengan family dia dah nak balik dah," ujar Pakcik Hazim sambil bersalam dan berpeluk bahu dengan adiknya, iaitu babah.
"Alaa sorrylah. Jarang pergi Temburung, tu yang lambat," jelas babah sambil membuka kasut. Aku dan mama mengikut perbuatan babah.
"Yalah yalah, okey korang masuklah ke rumah kami yang sederhana ni," celah Makcik Ainun, isteri kepada Pakcik Azim.
"Eh sederhana apanya kak, mewah dan besar saja Rina tengok," puji mama.
Memang besar dan nampak mewah pun rumah Pakcik Azim dan Makcik Ainun ni. Kawasan pun besar. Waktu itu juga, mataku tertumpu pada wajah sepupuku, Afiq Muttaqin. Anak kepada Pakcik Azim dan Makcik Ainun.
"Afiq, hah ajak adik Balqis main sekali dengan Afiq dan Afeeqah," suruh Makcik Ainun.
"Ala.. tak nak laa main dengan Balqis. Afiq nak main dengan adik Afeeqah," rungut budak yang berumur 12 tahum itu.

YOU ARE READING
Balqis
DiversosDi Alam Bunian "Wahai Balqis, katakanlah satu hajatmu. Ayah dan ibu berjanji akan menunaikannya sebagai hadiah ulang tahunmu yang ke-16." Kata-kata ayah angkatku membuka kembali sinar harapan yang sudah lama terkubur di dasar hati. Harapanku untuk k...