Bahagia rasanya apabila melayari perkahwinan. Ya, berkahwin selepas bercinta. Idaman nya sejak dahulu lagi. Whatsapp dari 'AA Sayang 💞' membuatkan Alisha tersenyum bahagia.
'Sayang, good morning. Have a good day baby! Lunch sama okay? Iloveyou 😘'
'Okay love!' Hanya otu dijawab Alisha. Dia bahagia dan bersyukur kerana dijodohkan dengan Muhammad Aryan Arsyad.
Namun, tanpa disedarinya sepasang mata begitu tajam memerhatikannya.
'Dasar betina sial, kau Alisha! Aku takkan biarkan Aryan jatuh ke tangan kau!'
Kereta itu terus memecut laju.
_____
"Abang, lama tunggu? Sayang tadi sibuk sikit dengan butik." Ujar Alisha lembut seraya menyalami dan menciumi tangan si suami. " takpe sayang. Abang pun baru sampai." Kata Aryan mencium dahi Alisha. Itu sudah menjadi rutin harian mereka sejak mereka berbaik.
Nasi Ayam Bakar dimakan Alisha dengan penuh beselera. "Alisha makan macam seminggu tak makan ya? Patutlah abang tengok dah bulat semacam je. Macam belon pun ada jugak." Usik Aryan. Alisha mencebirkan bibirnya, "alah Lisha lapar lah abang. Hm, takpelah jadi belon kan? Janji Sha bahagia!" Ucapnya. "Yelahtu, nanti kalau dah bulat macam bola, dia pulak sibuk nak diet." Giat Aryan mengusik Alisha. Baru sahaja Alisha hendak menjawab, suara wanita gedik menyapa deria pendengaraannya.
"Hi Aryan! Bahagia nampak? Tak ingat kat i lagi ke? Julie Monica Amelia. Hm, nak jugak you kat wife yang you jijik dulu kan?" Katanya. Tangannya mula memegang lengan sasa Aryan. Dengan pantas Aryan menepis. "You dengan I dah takde apa apa lagi Ju. We're happy now. Past is past, let bygone be bygone. Kita orang nak mula hidup baru. You cari orang lain lah. I dah ada isteri, dah ada keluarga sendiri. You jangan ganggu kami lagi." Kata Aryan lalu menarik tangan Alisha keluar dari restoran itu."Sial kau betina! Bahagia konon! Aku takkan lepaskan kau Aryan!!! Sombong kau dengan aku ya? Aku akan pastikan, kau akan membenci si sial tu sampai bila-bila. Arghhhhh!!!!!!!" Jerit Julie membuatkan semua orang memerhatikannya.
"Apa tengok-tengok?! Pergi mampus!" Katanya lalu keluar.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis 26 tahun yang bernama Nur al Din Alisha Safiya yang suka travelling. Sebaik sahaja pulang dari Africa, dia terus sahaja pulang ke kampung halaman neneknya di Johor Bahru. Lamaran secara tidak langsung dari sahabat k...