Sudah hampir dua jam menunggu Alisha di dalam bilik emergency. Keluar seorang doktor perempuan, Dr.Azura dari bilik itu. Pada wajah itu, mereka tahu..."Maaf. Kami sudah cuba yang terbaik...namun Allah lebih sayangkan bayi Puan Alisha. Bersabarlah ya? Boleh saya berjumpa dengan suami Puan Alisha?" "Um..saya ayahnya. Suami dia sedang outstation." Kata Tan Sri Ulwan. Dr. Azura hanya mengangguk. "Mari Tuan dan puan masuk ke dalam bilik saya sebentar." Katanya.
Hiba. Sayu. Kosong. Lemah. Alisha memegang perutnya. Manik-manik itu jatuh lagi. Ya Allah, besar dan beratnya dugaanMu. Kau mengambil satu-satunya anak aku. Ya Allah, tabahkanlah diri ini. Doanya. Aryan. Ya. Dia amat memerlukan kehadiran lelaki yang begelar suami di sisi nya sekarang.
Luka di hati terubat apabila melihat Aryan hadir di pengebumian anak mereka. Aryan yang menguburkannya. Selesai semua, mereka balik ke kediaman papa Aryan.
Mereka duduk di ruang tamu. Kehadiran Julie menimbulkan 1001 andaian di benak fikiran semua orang. "Aryan nak bagitahu semua sesuatu." Perlahan dia mengucapkan ayatnya.
Nafas ditarik dan dihembus perlahan. "Aryan dan Julie dah bertunang dan kami nak berkahwin bulan depan." Sebaik sahaja dia mengungkapkan ayat itu, sebiji penumbuk dari abang Akil singgah di mukanya. Pecah bibirnya. Alisha terkejut. Terkejut dengan kenyataan Aryan dan tindakan Akil. Alisha cuba mengelap darah di bibirnya namun di tegah Aryan. 'Betina jijik ni tak layak nak sentuh aku! Budak tadi entah anak aku atau bukan! Huh!' Sempat juga mengutuk. Tajam pandangan Akid tepat memandang ke dalam anak mata Aryan. Akil disebelahnya juga membuat sedemikian. Alisha hanya tenang di sisi Aryan. Walaupun Aryan cuba menjauh.
"Kamu sudah fikir masak-masak? Kamu gila Aryan? Masih merah kubur anak kau! Nak kahwin lagi?! Ayah dan suami apa kamu ni?! Perempuan sebaik Alisha kamu sanggup duakan kerana perempuan murahan di sisi kamu tu?! Kamu memang bodoh!" Marah Datin Sri Maria kepada Aryan. Auni mengusap bahu Alisha. Adik iparnya tampak tenang sahaja. "Ma!! Aryan tak bodoh dan tak gila. Perempuan murah yang mama cakap itu, menantu kesayangan mama ni! Mata Aryan belum buta ma! Aryan nampak semdiri, Julie pun nampak! Anak tu....entah-entah anak jantan mana yang dah buat maksiat dengan dia! Dia ni....tudung je labuh! Tapi, perangai macam perempuan murah!" Dengan nada kasar dan tinggi Aryan berkata. Jari telunjuknya tepat dituju Kepada Alisha.
"Sial!" Jerit Akid. Sebuah penumbuk dikenakan pada perut Aryan. "Abang! Mengucap abang Akid!" Kata Alisha menghalang Akid menumbuk Aryan. Abangnya itu mempunyai black belt dalam taekwando. Takut nanti patah badan Aryan dikerjakan.
Alisha mengeluh dia tersenyum melihat orang disekelilingnya. "Alisha izinkan Aryan kahwin. Ya, Alisha bukan isteri sempurna. Alisha hanya manusia biasa yang banyak kekurangan. Tapi demi Allah! Alisha tidak akan pernah lakukan perkara terkutuk itu. Alisha ada pegangan agama yang cukup. Alisha dididik dengan baik. Alisha masih waras. Alisha cuba jadi manusia yang baik, isteri dan...ibu yang baik untuk Aryan dan baby kami tapi mungkin kebaikan itu mungkin tidak setanding hebatnya Julie. Bakal isteri, dan bakal ibu untuk anak-anak Aryan..." Alisha memandang tepat ke arah mata Aryan. "Walaupun abang dah buang Alisha..tak nak baby itu..abang perlu ingat..Alisha dan baby tetap sayangkan abang. No matter what happen, you will always be the man we adore. Saya sayang awak sejak awak lafazkan akad. Dulu, saya tak terniat untuk jatuh cinta dengan awak. Saya cuba terima awak. Saya cuba sayang awak. Tapi..di Europe dulu..apa awak buat? Apa awak buat sewaktu 'honeymoon' kita? Awak menghabiskan masa dengan JUlie. Saya tak hiraukan. Saya tetap nak sayang awak. Saya degil. Apabila saya sudah jatuh cinta dekat awak, apa awak buat? Tak apalah. It's wasting everyone's time. Alisha minta maaf dengan Aryan jika selama ini saya banyak menyalitkan hati, menyusahkan awak. Halalkan segalanya. Assalamualaikum semua." Kata Alisha lalu pergi.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis 26 tahun yang bernama Nur al Din Alisha Safiya yang suka travelling. Sebaik sahaja pulang dari Africa, dia terus sahaja pulang ke kampung halaman neneknya di Johor Bahru. Lamaran secara tidak langsung dari sahabat k...