Jodoh kita

11K 343 0
                                    

Aryan terpana apabila melihat seraut wajah yang dirinduinya. Melihat anak-anak buah mereka sudah berkumpul di situ, Aryan turut menghampiri mereka.

"Assalamualaikum!" Mendengar suara itu membuatkannya terpaku. "Um..kids! Jom ke depan! Nek Ya nak baca story books ni!" Umpan Sophia supaya cucu-cucunya meninggalkan Alisha dan Aryan.

Alisha berlalu masuk kedalam bilik. Aryan mengejarnya.
Sesampai sahaja di dalam bilik, Alisha terus menanyakannya soalan. "Buat apa kat sini? Kenapa nak datang sini? Perlu ke nak tujukkan diri? Mana wife 'kesayangan' you?" Soalnya dengan kasar. Tersentak Aryan. Alisha yang lemah lembut dan tidak pernah kasar. Intonasi suara yang berbeza. " Abang memang selalu datang sini. Wife kesayangan abang ni ada depan mata. Dah kurus." Guraunya. "Memanglah kurus sebab dulu berbadan dua! Tapi anaknya dah hilang!" Intonasi suara yang sama cuma kedengaran lebih sayu. "Sayang...Allah ambil Ariq sebab Allah lebih sayangkan dia. Sayang...pandang abang?" Pujuk Aryan lagi. Dia nekad untuk sentiasa bersabar untuk meraih hati dan cinta Alisha kembali.

Alisha berlalu ke cermin besar di biliknya. "Tahu pulak nama anak haram tu Ariq ya? Anak saya yang haram tu bernama Ariq Arsyad. Sounds familiar kan? Sayang? Sayang?! Kalau kau sayang aku, kau tak buang aku macam sampah. Kau tak hina aku. Kalau kau sayang aku, kau akan dengar penjelasan aku. Kau percaya kata-kata aku. Kau takkan cakap benda yang ukan-bukan! Tapi apa?! Do you really know apa maksud sayang tu yang berhormat, Aryan Arsyad?" Pandangan dan seyuman sinis dihadiahkan kepada Aryan.

Keluhan kecil keluar dari mulutnya. "Ariq bukan anak haram. Ariq bukan anak sayang yang haram. Dia anak kita. Anak kita yang sah. Ya abang salah. Abang khilaf. Ampunkan abang. Abang bodoh. Abang berdosa dengan sayang dan Ariq." Kata Aryan melutut dan menangis teresak-esak di kaki Alisha.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now