Erina memerhati gelagat Alisha yang sedang bermain dengan anak kawan mereka, Suria. Anak Suria yang berusia 2 tahun itu gemar bermain di persisiran pantai. Namanya Mikael. Comel. Suria memanggil mereka untuk lunch.
Sesudah lunch, Suria, Erina dan Alisha duduk di koridor. "Babe, tak nak balik Malaysia ke?" Soal Suria. Dari Maldives dan sekarang di Australia pula, sudah sebulan merajuk dengan orang-orang disana. "Terfikir jugak nak balik. Tapi.." Erina memotong kata-kata Alisha. "Tapi apa? Takut jumpa Aryan? Heh...biarlah pun. Buat apa nak ingatkan Aryan? Dia buang kau..dia tak terima Ar.." Tamparan lembut dari Suria membuatkannya berhenti, air mata Alisha mengalir lagi. Untuk kesekelian kalinya. "Jom, kemas. Balik." Katanya. Erina hanya mengangguk. Suria mengeluh. Alisha, tabahnya kau hadapi semua ini.
"Di dalam private jet, daddy kau ni kan...boleh bawak banyak benda la. Kangaroo pun boleh!" Kata Erina lagi. "Diam la Erina." Malas melayan cerita gila erina.
Erina sudah tidur. Alisha memerhati langit yang gelap. Tanpa bulan. Tanpa bintang. Alisha menghembuskan nafasnya. Perlahan. 'Ini jalan hidupku. Ini takdirku. Ini perancangan dari Allah. Aku perlu redha. Aku mesti tabah. Aku tak boleh mengeluh. Allah takkan bebankan hambanya dengan sesuatu melebihi kemampuannya.' Akhirnya, Alisha terlena juga.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis 26 tahun yang bernama Nur al Din Alisha Safiya yang suka travelling. Sebaik sahaja pulang dari Africa, dia terus sahaja pulang ke kampung halaman neneknya di Johor Bahru. Lamaran secara tidak langsung dari sahabat k...