Pelbagai cara sudah Aryan lakukan hndak memenangi hati Alisha. Breakfast in bed, 1000 of roses in bouquet, cincin platinum bertatahkan berlian, candle light dinner dan macam-macam lagi. Ya, dia nekad memenangi hati Nur al Din Alisha Safiya! No matter what, dia akan memiliki hati Alisha!
"Sayang..." Panggil Aryan. Alisha hanya memandang sekilas. "Jom, pergi bercuti nak?" Katanya lalu duduk bersebelahan Alisha. "Jom. Pergi Europe lagi. Awak dengan Julie lagi ya? Tinggalkan saya seorang!" Balas Alisha. Aryan mengeluh. Setiap kali dia ingin bermesra dengan Alisha, pasti sahja Alisha ingin mencipta pentengkaran di antara mereka.
"Alisha..kenapa ni? Kenapa nak cari gaduh dengan Abang? Abang tahu abang bersalah, its been months! Alisha masih nak hukum abang? Sampai bila? Sampai arwah Ariq hidup semula? Alisha. Kita yang hidup mesti teruskan hidup tau? Let bygone be bygone. Kenapa perlu ungkit semua benda ni? Abang khilaf! Abang berdosa. Dengan Allah. Dengan Alisha. Dengan Ariq. Tapi tak semestinya abang perlu dihukum macam ni. Abang cuba...cuba nak baiki. Cuba nak mulakan semuanya lagi. Dengan Alisha. Adik-adik Ariq. Tapi apa ni Alisha? Kenapa Alisha macam tak kisah dengan hubungab kita?" Lirih bunyi Aryan meluahkan segalanya. Terasa dengan sikap Alisha.
Sedikit sebanyak, dia terasa dengan kata-kata Aryan. Memang benarkan kata suaminya itu tapi entah...." Ceraikan saya!!!" Entah apa yang merasuk Alisha dia berani meninggikan suaranya meminta cerai. Terpana Aryan. Aryan bangkit, "Awak dengar sini Alisha! Sampai bila-bila saya takkan lepaskan awak and I got no reasons to let you go. Saya sayang dan cintakan awak. No matter what happen, awak akan tetap jadi isteri saya! Suka atau tak, sayang atau benci, itu kira dudi!" Kata Aryan lalu pergi meninggalkan Alisha.
Deruman enjin motorsikal berkuasa besar Aryan meninggalkannya. Alisha mengucap. Ya Allah! Apa yang merasuk dirinya tadi?
YOU ARE READING
Jodoh Kita
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis 26 tahun yang bernama Nur al Din Alisha Safiya yang suka travelling. Sebaik sahaja pulang dari Africa, dia terus sahaja pulang ke kampung halaman neneknya di Johor Bahru. Lamaran secara tidak langsung dari sahabat k...