"So, abang confirmlah ni nak pergi outstation?" Dengan nada rajuk dan tidak puas hati Alisha bertanya. "Ya, sayang." Ujar Aryan. "Nek Cah, Nek Mah, mummy daddy, mama papa semua pergi holiday. Alisha seorang je yang tinggal." Kata Alisha lagi. "You'll be safe, Alisha Safiya sayang." Kata Aryan lalu mengucup pipi Alisha. Semakin tembam pula isterinya itu. Aryan ketawa perlahan. "What are you laughing at? Ketawa Alisha dah gemuk macam ni?" Soal Alisha. Yidak suka apabila suaminya itu selalu memanggilmya panda kebelakangan ni. "Ya. Sayang pun makin gemuk, sensitif....pregnant eh?" Tanya suami nya itu. Sudah hampir setahun perkahwinan mereka. Teringin juga mempunyai cahaya mata. "Entah! Mungkin dekat nak period sebab tu Alisha makin aneh." Ujarnya malas. "Hm ya. Okay sayang! Abang pergi dulu. Jaga diri eh? Kalau tak nak sorang diri bawa kawan sayang...sapa tu? Um..Erni? Erin? Apa-apalah nama dia. Jaga diri, jangan lupa kunci pintu , gate. Alarm make sure 24/7 on okay? Pak Guard tu ada jaga rumah. Okay? Bye. Take care. I love you, sayang. Assalamualaikum." Aryan mencium dahi, pipi dan akhir sekali bibir isterinya. Sayu pula rasa hendak meninggalkan isterinya keseorangan.
Sudah 3 hari Aryan pergi outstation, selama itu dia tidak menghubungi Alisha. Alisha juga tidak mahu menghubungi suaminya, takut menganggu urusan sang suami. Baru saja bangun dari tidur untuk menunaikan solat Subuh, badannya terasa amat lemah sekali. Mual lagi tu! Dia mengagahkan dirinya untuk menunaikan kewajipan ya g satu itu.
Oleh kerana tidak larat, dia menelefon Erina untuk membawanya ke klinik. Alangkah bahagianya apabila mengetahui dirinya sudah berbadan dua! Baru 4 minggu kandungannya. Alangkah indahnya jika Aryan turut mendengar berita itu.
Sudah 5 hari Aryan, selama itu juga dia tidak menghubungi isterinya. Esok, adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Tidak sabar rasanya hendak membuat kejutan untuk si isteri tercinta. Sedang Aryan berura-ura untuk masuk ke dalam lif, kedengaran suara yang amat dikenalinya. "Aryan!!"
Aryan berpaling dan...."julie?" Soalnya terkejut. Penampilan wanita itu berbeza. Dengan baju kurung moden dan tudung syria. "Aryan...wait!" Katanya lagi membuatkan Aryan terpaksa keluar dari lif itu. "You nak apa lagi ni Julie?" Malas rasanya hendak melayan si gadis kacukan itu. "I ada benda nak bagitahu you. Jom ke lounge kejap? Please Aryan. It's about Alisha, your wife." Dengan nada sayu dan memujuk dia merayu. Aryan hanya mengangguk dan itu membuatkan Julie tersenyum puas!
YOU ARE READING
Jodoh Kita
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis 26 tahun yang bernama Nur al Din Alisha Safiya yang suka travelling. Sebaik sahaja pulang dari Africa, dia terus sahaja pulang ke kampung halaman neneknya di Johor Bahru. Lamaran secara tidak langsung dari sahabat k...