BAB 1

16.6K 305 22
                                    

"Lea, saya nak awak terima saya seadanya. Bukan ja terima saya, awak tolong la terima dua orang adik saya yang dah pun jadi adik ipar awak tu." Senyuman diukirkan kepadaku. Zeeyad menyarungkan cincin pada jari aku. Selepas sah menjadi isteri, aku tengok ada dua orang yang berbaju melayu rona sama di sebelah Zeeyad masing-masing tersenyum penuh makna. Kenapa pula tadi tak perasan? Entah kenapa aku jadi panik. "Apa maksud Zeeyad bila dia suruh aku terima dua orang adik dia?" Aku sudah mula menyoal diri sendiri. Senyuman terpaksa jua diukir untuk menyedapkan hati semua yang hadir.


"Angah! Mangsa baru kita." Zeeshan berbisik sedikit. Dia mencuit Zeeyan dan menunjuk ke arah Azalea dengan bibir yang dimuncungkan sedikit kedepan. Kemudian, dia senyum senget. "Welcome to our home kakak ipar." Zeeshan bercakap dalam hati. Biar dia sahaja yang dengar. Zeeyan pula mengangkat sebelah kening. Pasti sudah terpengaruh dengan Zeeshan.



Datin Suraya dan suaminya asyik berpandangan sesama sendiri. Mereka serabut memikirkan dua orang anak yang berperangai kebudak budakan itu. Datuk Faizal hanya menggeleng perlahan. Hatinya sudah berkata-kata sendiri. "Habislah kakak ipar diorang." Dia tepuk perlahan dahi. Dari cara dua anaknya itu pun dia sudah tahu. Mesti ada rancangan untuk pengantin baru itu.



Langkah sahaja masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik Datuk Faizal, aku sudah diberi 'kejutan' oleh adik-adik ipar kesayangan. Kesayangan la sangat!

Apabila memulas tombol pintu,aku  rasakan mukaku seperti ditepek bedak seinci. Dua orang malaun tu 'menyambut' kedatanganku dengan penuh gilang gemilang. Habis putih muka yang sudah sedia maklum putih gebu ni. Aku jadi kaku. Twrpegun dengan cara sambutan mereka. Sejujurnya, aku tak tahu rasa nak marah ke, atau nak menangis. Patut la awal-awal lagi Zeeyad suruh terima adik ipar, macam ni rupanya perangai. "Haih la Azalea, terima ja la nasib kau." Tangan sebelah aku sapu ke muka untuk menipiskan tepung di sekitar mata. Aku masih cuba tersenyum.



"Say... sayang! Ya Allah. Kenapa ni?" Zeeyad berlari mendapatkan isterinya yang disaluti tepung ini. Habis putih. Dua orang lelaki di hadapan yang sedang ligat ketawa dipandang tajam. Tangannya diletakkan dibahu aku. Dia memimpin aku untuk ke bilik. Sebelum sempat tangga dijejak Zeeyad sempat memberi amaran kepada dua orang lelaki itu.

"Angah! Acik! Korang cuci balik!. Kau tunggu kat bilik kejap lagi! Siap korang aku kerjakan. Dah melampau!" Aku mengurut belakang Zeeyad untuk menenangkan lelaki itu. Risau pula jika Zeeyad mengamuk. Nanti tak pasal-pasal ada yang bertumbuk kerana aku.



Zeeyan dan Zeeshan berpandangan sesama sendiri. Kesah ke kalau Along marah? Dah biasa la. Dah tak da function pun rasanya. Zeeyan ke dapur mengambil penyapu dan penyodok. Selepas selesai, mereka naik ke bilik. Ketawa masih tidak lekang di mulut. Masing-masing sedang menunggu api kemarahan Along meletus.

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now