BAB 27

5.3K 203 7
                                    

Zeesyan sengih tengok Zeeyad dengan Lea jalan beriringan turun dari tangga. Dia bersyukur apabila masalah yang dihadapi abang dan kakak iparnya sudah selesai. Kalau tidak, muka Lea tak ada langsung serinya. Tapi sejak-sejak dah baik ni, dia perasan muka wanita itu semakin berseri-seri. Kak long diorang pun dah ceria balik macam dulu-dulu. Dah  tak duduk kat kolam sorang-sorang bagi ikan makan dah.

Dia mula mengusik manja.

"Phewit! Kenapa sweet sangat ni along?. Opss! Lupa pulak! Ada orang tu dah berbaik kan?"

Zeesyan tekapkan hujung jari pada mulut. Saja nak mengusik. Yalah nak usik siapa lagi. Angah dah pagi-pagi lagi keluar. Jumpa buah hati pengarang jantung la tu. Dia jugak yang masih tak ada buah hati. Bukan tak ada orang nak, dia yang memilih.

"Kasi chance la acik. Along nak seronok-seronok je lepas ni. Mana la tahu, nanti tak boleh nak berseronok dah, kan Lea?" Zeeyad kuis lembut hidung isterinya.

"Please la along. Korang memang nak buat acik jelous ke?"

Zeesyan sengaja buat gaya tidak puas hati. Lepas along dengan Lea dah berbaik, mungkin dia sudah hilang kawan. Dia fikir, Lea mungkin akan kurang melayan perangai dia nanti. Dia buat muka bosan.

Aku parkir kereta di tempat yang sepatutnya. Rasa berat nak tinggal laki pergi kerja tu makin menjadi-jadi. Zeeyad tengok muka aku lama.

"Ni first time Lea hantar abang kerja. And abang harap ni last jugak. Abang tak nak isteri abang susah-susah hantar abang pergi kerja. Sebab abang takut hati ni susah nak kerja. Asyik teringatkan awak ja."

Aku senyum nipis. Ada-ada ja lah laki aku ni. Nak pergi kerja pun nak berpuitis bagai. Nanti mesti dua tiga hari tu aku rasa macam dua tiga tahun. Ni tak boleh jadi. Balik nanti aku kena padatkan jadual aku supaya aku rasa sekejap tempoh tu. You can do it Azalea!

Jam ditangan ditilik.

"Okay, I got to go now. And... Thanks for sending me. Tunggu abang balik tau. Take care." Dahi isteri dikucup lama. Hangat terasa. Lea rasa bahagia.

"I will." Aku tersenyum bahagia.

Apabila kereta yang dipandu aku melucur laju di jalan raya. Aku merasakan sebuah kereta dari bertentangan arah melucur laju ke arah aku. Dan sesaat kemudian. Semuanya kelam.

Datin Suraya terkejut apabila dia mendapat panggilan telefon dari pegawai polis mengatakan kereta Zeeyad terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta. Terdapat dua mangsa yang terlibat. Seorang daripadanya meninggal di tempat kejadian dan seorang lagi masih tidak tahu status kecederaannya.

Dia segera mendapatkan Zeesyan di bilik.

"Zeesyan! Tolong mama! Tolong mama! Mama takut Zeesyan. Mama takut!" Tak henti-henti Datin Suraya menangis. Dia risaukan keadaan menantu tunggalnya. Kalau terjadi sesuatu kepada pemandu, pemandu itu  adalah Azalea.

Sampai sahaja di hospital, Zeeyad sudah menunggu. Nasib baik dia belum memulakan tugas. Zeeyad mendekati Datin Suraya.

"Zeeyad, Lea macam mana?." Datin Suraya separa menangis. Dia kaku. Terketar-ketar badannya. Dia takut kalau-kalau yang meninggal itu adalah menantunya.

"Mama bawak bertenang. Zeeyad pun masih tak tahu macam mana keadaan Lea. Zeeyad pun baru sampai."

Zeeyad meraup mukanya.

Dia takut kehilangan Azalea. Sambil menunggu di luar bilik kecemasan, dia bermonolog sendiri dalam hati.
"Lea kena kuat untuk abang. Abang tak nak kehilangan Lea. Abang sayangkan Lea. Belum pun sempat kita bahagia, takkan Lea dah nak tinggalkan abang."
Tanpa sedar ada air jernih turun di pipi Zeeyad.

Dia cuba sedaya mungkin untuk sembunyikan tangisan itu. Zeeyad tersandar lesu pada penyandar kerusi. Tangan erat menggenggam telefon bimbitnya.

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now