BAB 14

5.9K 221 0
                                    

Zeeyan memberi isyarat mata pada Zeeshan. Dia meneruskan pemanduan tanpa sepatah kata. Hanya bunyi radio sahaja menemani perjalanan mereka.

Zeeshan angguk. "Ehem" dia batuk kecil. "Kak long...". Dia panggil aku. Aku pusing tengok dia. "Ya? Kenapa?" Dengan muka yang aku kerutkan aku soal dia.

Zeeshan menyambung ayat. "Kitaorang rasa macam tak jadi la pergi kat tempat yang kami cakap semalam. Tapi... tapi, kak long tak yah risau. Ada lagi satu tempat yang acik confirm kak long happy kalau pergi sana." Zeeshan menayang muka terujanya. Dah kenapa pulak budak ni? Aku pun naik hairan. Dua orang ni nak bawak aku pergi mana?

"Pergi mana pulak? Korang jangan macam-macam eh. Kak long naik seram pulak kau ni. Ish!" Aku tarik tangan baju turun bawah. Memang seram oi. Rasa sejuk tiba-tiba. Entah-entah diorang ni nak pergi jual aku. Mana nak tahu kan? Aku pun baru first time keluar bertiga macam ni.

Zeeshan dapat idea. Dia mengatur plan dalam kepala untuk mengusik kakak iparnya. "Tak la kak long. Kami nak bawak kak long pergi sempadan ja. Tahu kan?" Zeeshan bantai gelak. Dashboard diketuk-ketuk kuat.

Zeeyan yang blur kat sebelah pun gelak sebab dia dah 'tangkap' dengan plan yang Zeeshan buat. Kalau dah namanya Zeeshan, memang tak sah la kalau tak sakat orang. Sebab tu la mama kat rumah tu asyik marah ja kat dia.

Aku masih geram. Geram tambah seram. Asyik gelak ja dari tadi. "Eh korang jangan macam-macam. Angah! Berhenti! Kak long nak balik rumah." Aku dah ambik handbag sangkut kat bahu. Memang aku nekad nak terjun keluar dari kereta dah. Buat stail superman versi perempuan pun ok jugak ni. Main dengan takut ni, apa pun boleh jadi ni.

"Eh. Eh. Kak long. Nak pergi mana?" Zeeyan kalut bila tengok kak long dia dah siap sedia macam nak turun. Tapi kereta tak berenti. Tak sampai kat tempat sepatutnya lagi kot!

"Kak long nak terjun la. Korang nak jual kak long kan? Nak bawak pergi sempadan bagai." Aku masih lagi gerun. Boleh pulak tanya macam tu.

Zeeshan dengan saki baki ketawa cuba bersuara. "Tak de la kak long. Kami gurau je. Ingat cool. Rupanya, gerun jugak. Kami sebenarnya nak bawak kak long pergi makan, then pergi arcade. Nak tak?" Dia menggeleng laju.

Aku urut dada. Nasib baik la. Fuhh! Lega. Aku pun, kenapa nak gelabah lebih-lebih tadi? Patutnya aku cool. Ish! Confius pulak.

Aku buat muka malu sambil garu kepala. Dalam hati. "Korang tunggu ye. Nanti kak long jual korang betul-betul." Aku sambung gelak!

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now