BAB 4

7.3K 249 1
                                    

Selepas memandu memasuki pagar rumah banglo Datuk Faizal, aku matika enjin. Lama juga aku merehatkan diri dalam kereta. Kalau tak ambik masa ni untuk rehat kejap, memang kau tak rehat la Lea. Aku perasan aku dua pasang mata tengah perhatikan aku dari tingkap bilik atas. Aku buat-buat je tak nampak. Tengah rancang plan nak buli aku la tu! Dasar budak tak matang! Aku geleng kepala sambil buat muka bosan.

Aku pejam mata. Tiba-tiba aku teringat idea Rina tadi. Perlukah aku bawak perangai yang dah lama aku tinggalkan tu ke rumah ni? Perlukah aku kembali jadi 'setan betina' masa kat zaman universiti dulu? Aku fikir lagi. Suara Rina datang balik.

"Kalau kau rasa tu yang terbaik, kau perlu buat perangai lama balik."

"Demi kepentingan semua orang yang ada dalam rumah tu"

"Demi kau Lea."

"Kau tak penat ke kena buli?"

"Kau kena tegas sikit. Diorang tu a.d.i.k ipar. Kau tu tua. Patutnya diorang hormat."

Aku mengeluh buat kali kedua. Ok aku dah bertekad. Aku akan bawak perangai lama masuk sini sebab aku nak bagitahu yang kakak ipar korang ni bukan patung yang korang boleh buli ikut suka hati!. Kak long ada perasaan jugak la!


"Ngah ngah. Tu kak long dah balik. Kita nak kasi apa kat dia pulak. Acik dengar, along balik lewat. Mungkin malam baru sampai rumah." Zeeshan meletakkan tangan pada dagu tanda sedang berfikir. Gayanya tu macam tengah fikir bisnes berbilion.

Zeeyan berjalan ke arah adik bongsunya. Sebenarnya dia atas pagar. Dia hanya terpengaruh dengan Zeeshan. Niat sebenar adalah untuk menghentikan daripada berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Tetapi, dia jadi seronok pula. Dia rasa terhibur apabila dapat 'mengenakan' kak long.

"Hari ni tak payah kot. Biar la kak long rehat kejap. Esok kita fikir yang lebih extreme." Zeeyan mengangkatkan sebelah kening. Dia nampak muka Zeeshan macam setuju dan dia lega. Dada diurut perlahan risau ternampak acik. "Nasib la kau Zeeyan. Harap la budak Zeeshan ni mood baik." Dia senyum sikit.

"Eh tak boleh la ngah. Ni peluang keemasan. Along balik lewat malam. Sekarang ni baru petang, banyak masa lagi ni." Tiba-tiba Zeeshan bersuara. Jam ditangan ditilik. Muka seceria cerianya ditayang.

Zeeyan terkejut. Alamak! Baru je tadi setuju tak nak buli kak long. Sekarang dah ubah fikiran pulak si acik ni. Dia ketawa paksa apabila Zeeshan ketawa jahat. Dahi ditepuk. "Alamak Zeeyan! Habisla..."

Zeeyan membawa kaki ke arah katil. Dia membaringkan tubuh. Kipas yang sedang berpusing dengan kelajuan maksimum dipandang. Sekarang ni kepala dia pun dah macam kipas tu. Berpusing pada tahap kelajuan maksimum.

Aku masuk ke dalam rumah perlahan. Pintu ditutup perlahan. Laju-laju aku berjalan masuk ke dalam bilik takut ada yang sedar. Kalau diorang tak nampak tak apa la. Kalau nampak, ada la 'sambutan' baru yang aku dapat. Seminggu aku kat sini dah macam sepuluh tahun. Semasa melintasi bilik Zeeshan, aku tidak sengaja terdengar rancangan yang diorang susun khas untuk aku. Aku curi-curi dengar kejap sebelum aku sendiri fikir rancangan nak 'ajar' diorang kejap lagi.

Aku senyum. Kantoi dah la.

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now