BAB 10

6.4K 227 2
                                    

Zeeyad memandu dengan tenang. Aku yang duduk di sebelah hanya mendiamkan diri. Malas hendak layan angin panasnya. Dah la dia baru marah adik-adik dia. Kalau aku buka mulut nanti, aku pulak yang kena. Tak nak aku! Dah la mak jumpa pun susah. Takkan la nak berangin-angin pulak.

Telefon yang berdering di dalam beg tangan aku capai. Tertera nama mama. Aku melekapkan telefon ke telinga dan bercakap dengan mama yang berada di hujung talian.

Selepas beberapa minit bercakap talian diputuskan. Telefon disimpan kembali ke dalam beg. Zeeyad memandang ke arahku apabila kereta berhenti di lampu isyarat. "Siapa call you?" Sepatah soalan keluar. Nasib baik nada dia tak kasar. Semangat la sikit nak jawab.

"Mama. Dah sampai rumah mama cakap." Aku menjawab dengan tenang. Zeeyad aku lihat mengangguk perlahan. Kemudian meneruskan pemanduan.

Setelah sampai di hadapan destinasi yang kami tuju, kereta dihentikan. Aku buka pintu untuk keluar dan berkira-kira untuk bangun. Tindakan aku terbantut apabila menyedari Zeeyad sedang menarik hujung baju yang aku pakai. Aku pusing tengok muka dia dan duduk balik atas seat kereta.

"Abang mintak maaf ye Lea. Lea jangan ambik hati. Abang memang macam tu. Kalau tak marah, tak pukul dua orang tu, memang tak jalan la. Abang tahu Lea tak biasa. Tapi, lama-lama nanti, akan terbiasa la." Zeeyad mengusap kepala aku yang dibaluti tudung berwarna hitam. Aku mengeluh perlahan.

Sejujurnya aku kurang setuju dengan tindakan dia memukul Zeeyan dan Zeeshan. Bagiku cara mengajar bukanlah sebegini. Zeeyad terlalu tegas dengan adik-adiknya. Tak hairan la kalau perangai mereka tak ubah-ubah. Mungkin mereka sudah biasa dilayan kasar.

"Kalau Lea masuk campur nak handle Zeeyan dengan Zeeshan boleh?" Dengan ayat berani mati aku, Zeeyad berpaling. Matanya tak kelip-kelip tengok aku. Macam kata. Betul ka ni ni?

Walaupun aku tahu tu tugas berat. Aku kena cuba. Sebab kata orang tak cuba tak tahu kan? Mana la tahu dengan kelembutan yang aku akan gunakan nanti boleh mengubah sedikit demi sedikit perangai angah dan acik. Aku kena yakin!

Zeeyad senyum terpaksa. Dia angguk. Cukup la dia angguk aku dah tahu dia izinkan.

Aku mula mengatur strategi!

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now