BAB 22

4.9K 208 12
                                    

"Abang, Su takut la kalau Lea tahu pasal Dyan."

Datin Suraya melabuhkan punggung di sebelah Datuk Faizal yang sedang khusyuk membaca buku di katil. Datuk Faizal hanya tersenyum. Dia menggeleng perlahan.

"Takkan Lea tahu kalau ada yang tak bagi tahu. Awak jangan nak cerita pulak ye Su. Abang tak nak bercerai berai diorang tu".

Buku yang berada di tangan sudah disimpan dalam laci sebelah katil. Datuk Faizal sudah berkira-kira hendak tidur namun ayat isterinya mematikan niat Datuk Faizal.

"Abang tak kenal Lea. Dia tu tekad tau.  Dia akan cari walaupun saya tak cerita soal Dyan kat dia. Hari tu dia ada tanya saya siapa Dyan tu..."

Datuk Faizal kembali duduk bersila. Tak sangka menantu dia yang sorang tu macam tu. Dia ingat Lea yang sopan dan lemah lembut tu tak tahu soal ni. Alih-alih dia sendiri yang terkejut apabila tahu Lea setekad itu.

"Zeeyad, bila nak datang sini. I dah rindu la. Dah lama you tak datang."

Kedengaran suara manja Dyan di corong telefon. Zeeyad buat muka bosan. Tak habis-habis nak kacau hidup dia. Bukan si Dyan tu tak tahu yang dia dah kahwin, tapi nak jugak dia call malam-malam. Tak sesuai la. Kalau ikut perjanjian mereka, si Dyan tu tak boleh call selepas waktu kerja. Tapi dia sendiri langgar janji.

Zeeyad mengeliat perlahan di balkoni bilik. Angin sejuk menampar pipi Zeeyad lembut. Pandangan dialihan pula pada si isteri yang sedang nyenyak tidur di katil dengan hanya berbaju tidur paras lutut tanpa lengan. Dia mengeluh.

"Banyak masalah yang timbul lately ni. Aku penat dengan hidup macam ni. Tapi... Macam mana nak settlekan pun aku tak tahu. I'm so sorry Lea. Abang tak ready lagi untuk semua ni.".

Zeeyad kembali membuang pandangan ke arah balkoni rumah sambil sebelah tangan mengurut lembut belakang tengkuk. Rasa makin banyak beban yang menimpa hidupnya.

Aku turun ke bawah. Hari ini aku tak payah masak sarapan sebab Zeeyan dengn Zeesyan nak ajak aku pergi jogging. Aku yang sememangnya bosan tak tahu nak buat apa kat rumah ni pun setuju la dengan cadangan diorang. Tambah pula mama asyik-asyik duk bagi green light , dengan Zeeyad dah kasi izin ni. Aku keluar jelah. Bukan senang ni nak keluar pagi-pagi buta. Boleh jugak hirup udara pagi yang segar kat taman tu. Selalu aku keluar dah tengah hari. Dah tak segar. Dengan muka yang sangat-sangatlah happy aku masuk terus dalam kereta di bahagian penumpang belakang acah-acah big boss sambil melambai kat angah dengan acik yang baru nak pakai kasut di muka pintu.

Aku nampak diorang berdua duk cuit sesama sendiri. Kejap-kejap diorng juih bibir kat arah aku. Kejap-kejap diorang ketawa. Mesti kutuk aku la tu. Memng tak dak keja lain dah.

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now