BAB 16

5.6K 208 0
                                    

Aku yang sedang keluar dari bilik hairan sikit melihat Zeeyan yang berpakaian seperti penyiasat. Tak pernah pernah tengok dia pakai macam ni. "Eh! Eh! Handsome jugak adik ipar aku ni...". Aku senyum kat dia. Terasa nak ja tanya dia nak ke mana. Kenapa tak ajak aku? Selalunya, kalau nak keluar mana-mana, diorang mesti ajak aku. Ya la, kami kan dah jadi geng.

Tanpa membuang masa, aku pun mengajukan soalan. Mana la tahu, kot-kot boleh ikut. Tak la bosan sangat kan! Dah la aku ni ada laki pun macam tak ada laki. Bosan tau tak?

"Angah nak pergi mana? Handsome je kak long tengok malam ni. Nak dating la tu!" Aku sengih. Muka dia dah merah. Malu lettew!

Zeeyan gugup. Dia berdiri terpacak. "Mampus la aku! Kak long buat apa pulak kat depan ni. Adoi!" Zeeyan cuba mengawal riak. Kalau kantoi ni, mampus acik marah dia. Dia nak jawab apa ni kat kak long. Otak ligat berfikir mencari jawapan.

"Ka...kak long! Angah nak keluar jap. Ada kerja sikit. Kenapa? Kak long nak pesan something ke? Nanti angah belikan." Zeeyan cuba menjawab walaupun agak gagap. Sedaya upaya dia kawal supaya rahsia tidak terbongkar. Kalau tidak, habislah.

"Oh! Tak de la. Saja la kak long tanya. Ok la. Kak long nak pergi cuci baju." Lea berjalan ke bilik laundry.

Zeeyan urut dada. Lega! Bila nampak ja Lea dah jauh kat depan. Dia berlari cepat-cepat turun tangga.

Zeesyan yang sudah bersedia untuk memandu meninggikan bunyi radio yang dipasang dalam kereta. "Nak pergi ke tak nak angah oi. Lama dah aku tungu ni." Zeeshan membebel seorang diri.

Tiba-tiba, tingkap kereta bahagian penumpang hadapan diketuk. Dia pusing tengok gerangannya dan membuka kunci pada pintu. Zeeyan segera masuk ke dalam. Peluh-peluh kat dahi yang mendecit dijadikan bahan bicara Zeeshan.

"Kau pergi mana lambat ngah? Janji pukul 9 sharp. Sekarang ni dah 9:07 minit. Tak boleh percaya betul la. Ish! Ish!" Bagaimana lajunya kaki menekan minyak, begitulah jugak mulut Zeeshan yang tak sudah-sudah membebel.

Zeeyan akhirnya pekakkan sahaja telinga.

Apabila kereta melepasi lampu isyarat yang berada tidak jauh dari kawasan rumah mereka. Zeeyan terpandangkan kelibat kereta Zeeyad. Cepat sahaja mereka mengekorinya.

Sehinggalah kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat...

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now