BAB 5

7.1K 238 2
                                    

"Kak long! Kak long!" Pintu bilik yang berukir itu diketuk berkali-kali. Zeeshan mengetuk bertalu-talu apabila masih belum ada yang buka. Sepuluh minit juga dia di situ. Ke mana pula perginya kak long dia. Zeeshan garu kepala yang tidak gatal. Tadi tengok kereta dah masuk garaj, kenapa pulak orangnya tak ada?

Aku pakai baju dengan speed gear lima sebab terdengar orang ketuk pintu berkali-kali. Rambut yang masih basah aku tutup dengan tuala supaya tidak mendedahka aurat aku pada si pengetuk pintu kat depan bilik tu. Entah siapa la pulak yang datang. Kalau Zeeyad, dah confirm dia masuk terus. Tak payah ketuk dah. Ni mesti seseorang ni.

Aku langkah kaki ke arah pintu. Pelan-pelan pintu dibuka. Sah! Memang budak ni. Patut la macam nak pecah pintu bilik aku. Tahu la anak orang kaya tak kesah kalau pintu pecah boleh ganti baru pun. Tapi, kalau dah pecah pintu bilik ni, laki aku jugak nak kena ganti tau!

"Acik nak apa? Sorry la kak long mandi tadi. Tak dengar." Aku tanya budak tu selepas tengok dia gaya macam dah lama duk berdiri kat depan ni.

"Acik lapar la Kak long. Tolong masak ye? "Mata Zeeshan dikelip beberapa kali. Tangan ditekapkan kedua-dua belah. Buat gaya budak-budak kecil yang lapar susu. Aku mengiyakan sahaja. Malas nak cakap banyak. Budak ni kalau melayan nanti, lagi la dia jadi.

"Kejap lagi kak long turun. Nak kasi rambut kering kejap. Acik pergi la main gane, ke dulu. Nanti dah siap masak, kak long panggil." Aku menghalau Zeeshan dengan cara paling halus. Akhirnya dia berpaling. Tapi aku nampak senyuman sengetnya tu. Ni la yang membuatkan aku rasa kena berhati-hati ni. Mesti ada benda yang diorang buat kat dapur tu.

Aku turun tangga perlahan. Setiap langkah mesti kena berhati-hati. Ini adalah langkah berjaga-jaga. Mata dililaukan ke sekeliling. Bila yakin tiada yang aneh, barulah aku masuk ke dapur. Pintu yang menghubungkan ruang makan dengan dapur aku buka lalu memboloskan diri ke dalam dapur. Periuk nasi aku buka. Masih berbaki sedikit. Mungkin yang tidak habis makan semalam. Aku buang ke dalam tong sampah lalu aku cuci bekas itu.

Pintu peti sejuk dibuka. Ada banyak lauk untuk stok minggu ni. Aku keluarkan ayam dan sedikit sayur untuk dijadikan lauk 'santapan' dua ekor raja kat bilik tu.

Beras yang berada di dalam tong bawah kabinet dapur aku hampiri. Aku memasukkan dua cedok beras ke dalam periuk nasi. Tiba-tiba, aku terpandangkan kaki seseorang di pintu dapur. Dah sah-sah la ni ada benda yang tak kena! Aku kembali masak balik. Aku bisik dalam hati cuba untuk bertenang. Setelah selesai mencuci beras, nasi diletakkan di tempat yang sepatutnya dan membiarkan sehingga masak.

Aku perasan masih ada lagi kaki 'seseorang' itu. Tapi, aku membiarkan sahaja.

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now