BAB 21

6.9K 259 65
                                    

Sewaktu sarapan, aku perati ja muka Zeeshan dengan Zeeyan yang tengah berselera makan. Dalam kepala, aku tengah fikir nak ke tak nak mintak tolong diorang. Kalau mintak tolong, aku takut menyusahkan pulak. Tapi... kalau tak mintak tolong, aku pulak rugi nanti. "Hai lah Lea, complicated jugak ni." Aku tunduk tengok nasi goreng dalam pinggan sambil kepala penuh dengan idea-idea yang aku dah susun rapi.

Selesai bersarapan dan menolong mama mengemas rumah. Aku naik ke atas. Ok! Kali ni memang aku dah bertekad! Apa pun jadi, aku nak pertolongan daripada adik-adik ipar aku jugak.

Tapi... dari tadi diorang menghilang. Pergi mana entah?! Aku ni pulak, spesies yang cepat ubah fikiran. Boleh ke aku bersabar sampai diorang balik rumah? Ni pun satu cabaran jugak ni.

Akhirnya, aku turun bawah teman mama kasi ikan kesayangan papa makan kat kolam. Ada juga faedah.  Boleh juga bersembang ke, membawang ke. Eh eh! Tetiba pulak.

"Mama tak keluar ke hari ni. Lea tengok dah lama juga mama stay rumah. Tak bosan ke?" Sekadar memecah kesunyian dan menceriakan keadaan yang macam krik krik tu.

Datin Suraya pusing tengok menantu tunggalnya. Senyuman dihadiahkan. Penutup balang makanan ikan dipulas hingga ketat. Langkah dibawa ke arah meja yang sengaja diletakkan di sebelah pancutan air.

Aku ikut sahaja langkah mama. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi.

"Mama ni dah tak daya nak keluar Lea. Kat rumah ni pun banyak kerja tak terbuat. Papa kamu la ni. Rumah tu kalau boleh dia nak buat sampai sepuluh tingkat. Alih-alih yang nak kemas, mama jugak. Ni pun nasib baik ada Lea tolong mama. Kalau tak, tak terkemas la jawabnya." Datin Suraya mengalihkan pandangan pada Lea pula. "Yang lea tu? Kenapa tak keluar? Tak bosan ke kat rumah? Mama pun perasan yang Lea asyik terperap kat rumah. Kalau rasa bosan ke, apa ke? Keluar la Lea. Mama boleh siapkan kerja rumah. Lagipun, mama tak nak la orang kata, Datin Su tu buli menantu." Ketawa kecil Datin Suraya meletus di akhir ayat. Aku turut ketawa. Pandai noh mak mentua buat lawak?

Lama bersembang, akhirnya aku cuba beranikan bertanya soalan yang selalu buat aku gelisah bila terlintas kat fikiran.

"Err... ma?" Walau rasa bersalah, aku tetap nak tanya. Wajah mama aku pandang.

"Ye? Kenapa Lea?" Dengan kerutan di dahi dan sedikit senyuman, Datin Suraya bertanya. Dia perasan dengan perubahan nada suara menantunya itu.

Keadaan sunyi beberapa ketika... aku ambik masa untuk tarik nafas.

"Siapa Dyan?" Dengan wajah yang tidak berperasaan aku ajukan soalan itu.

Senyuman Datin Suraya perlahan-lahan mengendur. Rasa seperti ada sesuatu yang hentak kepala dia. Tak percaya Lea tanya soalan tu. Mana pulak Lea kenal Dyan ni? Jangan la sampai rahsia tu bocor. Dah bertahun diorang simpan kot.


TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now