BAB 3

8.7K 248 3
                                    

"Aku tak faham betul la. Kau tahu tak? Baru first day kot masuk rumah tu. Aku pun terpaksa la sedapkan hati Zeeyad walaupun aku rasa macam nak cabut je dari rumah tu." Aku minum air yang ada atas meja dengan laju. Biar aku lepaskan marah pada air tu. Muka Rina ni sesedap hati je ketawa. Dia ingat aku ni bahan lawak dia kot. Haih la kawan! Kawan ikutkan hati nak aja aku ketuk kau pakai cawan atas meja ni.

"Alah Lea. Kau dah jadi baik ke lepas dah kahwin?" Rina angkat kening sebelah. Kenapa aku rasa macam ada maksud tersirat kat soalan dia tu hah? Dia masih tenung muka aku. Aku dah tak sedap hati ni.

"Eh Rina. Apa maksud kau aku dah jadi baik?" Aku tanya budak depan aku ni. Kalau tak tanya, aku tak tahu pulak. Aku pun rasa macam lepas kahwin ni, aku dah lambat berfikir sikit. Mungkin side effect bila tinggal serumah dengan adik ipar masuk air kot. Aku rasa dua ekor tu bukan dah masuk air, masuk segala mak nenek air dah. Air longkang pun dah masuk rasanya.

"Kau ni lambat la Lea. Maksud aku macam ni. Dulu kat universiti siapa setan betina yang suka kacau orang kat hostel? Kau cakap." Rina ketuk meja ikut rentak lagu apa entah. Aku pun fikir la kejap kata-kata dia. Tiba-tiba aku dapat tangkap apa yang dia cakap kat aku.

"Kau biar betul Rina? Aku dah insaf kot. Aku tak nak la buat benda-benda macam tu lagi. Aku dah kahwin weh." Aku tolak sekeras-kerasnya cadangan Rina. Tak nak la aku buat keja lama. Tak nak sejarah lama berulang lagi. Nanti tak pasal-pasal pulak laki aku terkejut.

"Tak pe Lea. Kau kena jadi rare barulah dua ekor malaun tu boleh ubah sikit perangai diorang. Sebenarnya, aku tengok kau pun dah macam... maaf cakap la ye. Kau dah macam orang tua. Tak berapa terurus sikit. Eh... teruk sangat ke diorang berdua tu buli kau?" Rina macam nak ketawa tapi dia cover muka dia.

Ya la aku mengaku. Aku kena buli. Tapi, tak la sampai jadi orang tua! Aku rasa okay ja lagi. Rina tu je yang pandai menambah-nambah.

Deringan telefon bimbit di dalam beg tangan tiba-tiba berbunyi. Cepat-cepat aku angkat.

"Waalaikumsalam"

Aku mengeluh. Kenapa perlu semua ni jadi kat aku?

"Kau dah kenapa?" Rina soal aku lepas aku masukkan balik handphone dalam beg tangan.

"As always. Laki aku balik lewat. Aku kena handle dua ekor tu. Mak mentua aku tak de kat rumah." Aku terang satu-satu.

Sebenarnya, jujur aku cakap aku dah bosan duduk dalam rumah tu. Tambah-tambah lagi, hari-hari aku kena mengadap muka Zeeshan dengan Zeeyan. Diorang tu dah macam pembuli tegar. Kalau along diorang tak de lagi jadi-jadi pulak perangai tu. Aku pun tak faham baka apa la diorang tu. Laki aku baik je. Kontra betul perangai!

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now