BAB 8

6.7K 247 3
                                    

Zeeyad mengeliat panjang dan memberi senyuman yang paling handsome kat aku. Sampai boleh buat aku cair la. Bayangkan... bangun-bangun ja tidur, cik abang senyum. Dah la lama aku duk menanggung rindu sorang-sorang! Oh... hati tolong la tahan sikit daripada jadi cair. Hahak!

Aku membalas senyuman itu dengan hati yang berbunga. Katil yang menjadi tempat beradu aku kemas supaya rapi sebelum melangkahkan kaki ke bilik air.

Zeeshan menggosok perlahan mata yang terasa masih berat. Dia mengeliat malas. Apabila mata terpandangkan jam yang berada di meja sisi katil, dia segera membuka mata dengan luas. Jam sudah menunjukkan pukul 6:45 pagi. Maknanya dah lama dia tidur. Zeeyan di sebelah ditampar kuat bagi menyedarkan abangnya yang tidur tak ingat dunia itu.

"Ngah! Ngah! Wei ngah, bangun la. Dah subuh ni. Adoi! Macam mana boleh tidur sampai pagi ni?" Zeeshan masih berusaha kejutkan Zeeyan.
"Apa? Angah ngantuk ni. Kejap la." Dengan malas yang masih menguasai diri dan mata yang masih berat, Zeeyan mengeliat kecil sebelum sambung tidur.

"Ah lantak kau la ngah. Kau terlepas subuh, jangan salahkan acik eh." Zeeshan bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Usai menunaikan kewajipan, Zeeshan duduk di balkoni bilik. Mata dilayangkan pada pemandangan pokok-pokok yang dilindungi oleh kabus. Rasa tenang sahaja. Tiba-tiba, kejadian semalam bermain dalam fikiran. Dia ligat memikirkan apa yang terjadi sehingga dia boleh tidur sampai tak sedar diri.

"Mesti ada something yang tak kena ni! Atau... kak long...?" Zeeshan menggeleng perlahan. Tak mungkin la kakak ipar yang baik dan naif macam kak Lea tu sanggup buat macam tu. Dia berfikir lagi.  "Tak boleh jadi ni." Zeeshan keluar dari biliknya.

"Angah! Macam mana kita boleh tidur sampai pagi? Acik musykil la. Tiba-tiba ja kot. Acik tak pernah tau tidur sampai tak sedar langsung macam tu." Detektif Zeesyan sudah mula bekerja. Bermacam persoalan disoal pada Zeeyan sampai abangnya tu pun naik pening tengok dia kehulur kehilir.

"Kau yang tidur sampai tak bangun-bangun, kau nak musykil pulak? Bukan memang dah selalu ke kau macam tu. Ada-ada ja lah kau ni acik." Zeeyan masih memfokuskan mata pada laptop. Dia perlu menyiapkan beberapa kerja. Malas pulak dia nak melayan budak tak matang ni. Tak pasal-pasal tak siap kerja.

"He he. Memang dah selalu eh?" Zeeyan ketawa sumbing sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ada betulnya kata angah tu. Dia memang la kuat tidur. Tapi, kalau ada benda yang nak di'settle'kan, dia akan siapkan dulu baru beradu.

Dalam masa yang sama, Zeeyan berfikir sesuatu. Dia rasa memang apa yang Zeeshan cakap pagi tadi ada betulnya. Tapi kenapa? Takkan la kak long dah mula nak tunjuk taring? Takkan kak long nak balas dendam. Tapi, kenapa?

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now