BAB 13

5.8K 214 0
                                    

Masuk hari ni dah seminggu aku ubah rutin. Selalunya, selesai semua kerja rumah, aku akan lepak ja kat bilik. Tapi, kali ini, lepas siap kerja, aku selalu lepak dengan adik-dik ipar aku. Ternyata, melayan diorang berdua dapat menenangkan hati aku yang tak berapa nak sedap dua tiga hari ini. Tambah pulak diorang dah pandai nak buat lawak bodoh dengan aku.

Rupanya, sembang dengan dua ekor yang tak berapa nak matang ni lagi senang dari seorang lelaki yang kononya matang dan terlebih-lebih matang sampai aku pulak yang nak naik angin.

Petang kejap lagi, aku 'dijemput' ikut Zeeyan dengan Zeeshan ke tempat yang selalu diorang lepak. Rasa teruja pulak tiba-tiba. Katanya, sebagai ahli baru, aku perlu sentiasa ikut kemana sahaja mereka pergi. Ikutkan ja la. Lagipun, siapa lagi aku nak buat baik kalau bukan adik-adik ipar aku tu. Mama cakap, adik-adik ipar ni pun dah macam adik sendiri. Layankan sahaja. Aku cuba ikut cakap mama aku. Eh tetiba rindu pulak kat mama aku. Nak kena balik sana ka?



"Kak long ikut sekali kan acik?" Zeeyan masuk ke bilik Zeeshan sambil tangannya ligat membuka penutup pommade yang ada atas meja solek Zeeshan. Bekas itu kemudiannya dirapatkan pada hidung.

Zeeshan menyudahkan sikatan terakhir pada rambut. Kemudian dia berpaling ke arah Zeeyan. "Angah rasa tak yang kak long kita tu ada masalah dengan along lately ni?" Zeeshan memeluk tubuh.

"Kau perasan jugak eh? Ngah ingat kau tak perasan. Dah lama jugak aku perasan. Along pun asyik balik malam. Keluar pagi, balik malam. Kadang-kadang, aku nampak kak long kat kolam bawah tu sorang-sorang waktu malam." Zeeyan membuka rahsia yang simpan. Rasanya, diorang perlu menolong kak long yang dah jadi 'gang' diorang tu.

Zeeshan mengangguk. Kemudian dia petik jari. "Ngah! Ngah! Acik rasa kan... kita kena ikut along la. Nanti baru la kita tahu dia pergi mana. Jangan dia balik dekat si... tu dah." Zeeshan buat isyarat mata.

Zeeyan berubah riak. Agak terkejut dengan kenyataan Zeeshan. Tapi, bila difikirkan balik, ada betulnya juga. Along tu dah la tak tahan godaan. Tengok ja garang, tapi bila kena ayat sikit, cair la tu. "Kan? Angah pun rasa macam tu gak. Along kau tu tak sedar diri. Dah ada bini pun nak buat perangai. Kadang-kadang ngah pun fikir macam mana la kak long kita boleh kahwin dengan dia."

"Betul. Betul. Acik setuju." Zeeshan mengiyakan.

Bermula la plan 'menyiasat along' pulak. Zeeshan dan Zeeyan saling membalas pandangan yang penuh dengan makna.

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now