Bab 1

3.7K 66 7
                                    


                Haries berjalan menuju ke dewan kuliah dengan buku yang agak banyak di tangannya. Melihat adanya kerusi kosong berhampiran dengan pintu masuk, dia terus melabuhkan punggungnya. Huh. Dia mengeluh sekejap. Penat.

Mike yang juga baru tiba, terus mendapatkan sahabatnya itu. Bahu Haries di hempas kuat. "Hoi Ries!" Badan Haries terhenjut sedikit dek sapaan itu. Mike tersenyum puas hati. "Ada bawa?" soal Mike.

Buku – buku yang diangkatnya itu terus di tolaknya ke meja kecil sebelahnya. "Nah, dah habis baca bagi balik. Kalau boleh hantar dekat bilik aku. Tak larat aku nak angkat dari sini ke bilik aku," dengus Haries geram.

"Ok, ok. No worry~ Semua ke ni? Tak ada yang tertinggal?" soal Mike lagi.

Haries menghelakan nafas sekali lagi. "Mmmm, semua ada dekat situ. Kalau ada yang tertinggal, pandai – pandai lah kau datang ke bilik aku dan ambil sendiri. Malas aku nak angkat lagi," jawab Haries mahu tak mahu.

"Okais!" balas Mike dengan ringkas.

Tiba – tiba pintu depan di tolak dari luar. Bukan pensyarah yang masuk tapi seorang pelajar senior. Ketua pelajar dekat universiti ni, Darius. Dia memegang satu kertas kecil, sepertinya nota dari pensyarah mereka.

"Perhatian semua. Saya ada terima nota dari pensyarah korang. Kelas hari ni terpaksa di batalkan sebab dia ada hal penting yang tidak dapat dielakkan," kata Darius membuatkan satu dewan kuliah itu bersorak dengan riang.

Darius hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sumbing. Dia faham sangat dengan perasaan pelajar – pelajar kelas Dr.Ayya sebab dia pun pernah berada di tempat mereka. Boleh dikatakan kelas Dr.Ayya tersangatlah membosankan. Bosan kerana wanita itu kurang berkata – kata dan wajahnya sepanjang sesi pembelajaran mesti mendung semacam saja.

Semua pelajar terus beredar dari dewan kuliah termasuk Darius yang terus menuju ke Pejabat Ketua – Ketua Pelajar (KKP)

"Ries, memandangkan aku dah tak ada kelas lagi petang ni, aku terus balik ke bilik aku lah. Kau pun tak ada kelas kan?" soal Mike yang sedang sibuk memasukkan buku – buku yang dipinjamnya dari Haries kedalam beg galasnya.

"Tak ada tu, memang tak ada. Tapi petang ni aku ada kerja dekat perpustakaan. So, yeah." Jelas Haries pada Mike.

"Ok. Memandangkan jalan yang kita nak lalu tu sama, jom lah kita jalan sama – sama," pelawa Mike.

Haries tersenyum. "Tak payah cakap, perkara tu dah selalu berlaku pun," balas Haries mahu tak mahu.

Mereka berdua terus berjalan keluar dari dewan kuliah itu. Tanpa mereka sedari seorang lelaki berjalan kearah mereka. Bahu kanan Mike lalu dipegang.

"Mike," katanya sepatah. Wajah Mike terus berubah mendung bila melihat lelaki di sebelahnya itu.

"Eh, Ben. Tak ada kelas ke?" soal Haries pelik.

Ben tersenyum. "Baru habis. Kelas aku awal pagi tadi. Kau nak ke mana, Ries?" soal Ben, abang tiri Mike kepada Haries.

"Nak ke perpustakaan kejap. Ada kerja sikit," jawab Haries ramah.

Ben mengangguk perlahan. Mike yang tidak berganjak dengan wajah yang suram itu dipandang oleh Ben. "Mike, jom makan sama Ben," pelawa Ben pada adik tirinya itu.

Mike terus menoleh kearah Haries. Sepertinya dia memberi isyarat kepada Haries. Namun isyarat itu tidak difahami oleh sahabatnya. Keluhan berat di hembuskan dengan perlahan.

"Ries, kita dah lambat ni. Nanti Kak Deb marah pula bila tengok kita masih tak ada dekat perpustakaan sekarang. Mike pergi dulu, Ben," kata Mike lalu menarik Haries ke perpustakaan.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now