Bab 6

1.4K 43 0
                                    

 "Bersurai!"

Selesai sahaja mesyuarat khas mengenai latihan bagi orentasi yang akan datang, semua pelajar mula bergerak keluar dari dewan serbaguna universiti tersebut. Termasuklah, Haries dan Mike. Mike sudah selesai mengemas barang – barangnya dan masuk ke dalam beg. Manakala Haries pula, baru hendak membuka kasut sukannya.

"Tunggu kejap," kata Haries kepada Mike. Mike hanya mengeluh. Bersabarlah wahai sahabat kerana mendapat sahabat seperti aku. Bisik hati Haries.

"Haries Yong!" panggil Darius dari pentas. "Stay sekejap," sambungnya lagi.

"Aku tunggu kau dekat luar," kata Mike dan terus beredar dari dewan tersebut. Haries mengangguk perlahan.

Dia terus mengorak langkah ke bahagian pentas. "Kenapa?" soal Haries ringkas. Darius tersenyum. Aik dah kenapa senyum – senyum macam ni?

"Saja nak jumpa kau. Tak boleh ker?" Darius tersenyum.

Urgh! "Ha, buang masa! Kalau tak ada apa – apa, aku blah dulu. Ciao!" Haries terus membelakangi Darius, kaki mula berjalan menuju ke pintu utama dewan.

Namun, (cliché) tangannya ditarik oleh Darius. "Ala, stay la kejap sama aku. Kau tengok semua orang dah balik, tinggal aku seorang saja dekat sini buat kerja. Kau tak kesian dengan aku ker?" soal Darius, buat muka sedih.

Argh! Aku nak balik. Badan aku dah naik rimas dengan peluh – peluh ni. Rungut hati Haries. "Ah, tak boleh! Mike tengah tunggu aku dekat luar."

"Mike Koh!" jerit Darius dari dalam dewan memanggil Mike untuk masuk ke dalam. Sepantas kilat, kepala Mike sudah mula menjengah dari muka pintu utama dewan serbaguna tersebut.

"Ya, saya!" balas Mike.

"Kalau kau nak balik dulu, balik lah. Haries mesti stay dekat sini sampai kerja aku selesai," arah Darius dengan selamba. Mahu ternganga mulut orang di pegangnya sekarang ini.

Mike mengangguk mengerti. "Ok!" jawabnya ringkas dan terus beredar. Membulat mata Haries pula.

Tak guna punya kawan, dia boleh pergi macam itu saja. Tangannya ditarik semula. "Ah, tak peduli! Aku nak balik juga. Penat!" jeritnya kepenatan dan terus berlari ke pintu utama dewan tersebut.

"Haries Yong!" Darius menggunakan nada mengancam. "Aku berikan kau dua pilihan. Satu, kau datang kesini sekarang juga atau dua, aku pergi kesana, angkat kau dan bawa ke sini. Mana satu kau nak pilih. Jangan cakap aku tak berani. Aku pernah angkat kau sebelum ini," ugut Darius. Senyuman sinis diukir.

Niat untuk membuka pintu terus terbantut. "Argh!" jeritnya dan terus menumbuk pintu itu berulang kali, melepaskan geram. Darius di pandang dan terus di dekatinya. Wajah Darius berubah cuak. "Nasib, nasib kau senior aku. Kalau tak, memang jadi macam pintu tu, kau oleh aku." Haries terus duduk di tangga pentas.

Darius kembali senyum. "Good boy. Duduk sana diam – diam tengok aku buat kerja." Sepanjang membuat kerjanya itu, senyuman tidak lengang dari bibir.

Haries yang sejak tadi memerhati, menjadi leka bila melihat senyuman yang terukir rapi di bibir kepunyaan Darius.

"Jom keluar sama aku, karang malam," ajak Darius tiba – tiba dalam kesibukkan menyusun kertas – kertas yang telah di gunakan oleh pelajar lain tadi. Kata – katanya itu, memecah lamunan Haries buat seketika.

"Why me? Kenapa kau tak ajak orang lain. Your girlfriend? Zory, you bestfriend?" soal Haries musykil.

Darius menoleh melihat Haries. "Haries, aku tak ada girlfriend. Zory? Dia busy malam ni. Hmmm, kawan aku yang lain, pun busy. I think. So, jom keluar sama aku malam ni. Please," rayu Darius. "Kau kan 'kawan' aku," sambungnya lagi.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now