Bab 9

1.3K 42 5
                                    

Mike, jom jalan. Tengok wayang? Dinner? Date❤ - Ben

Senyuman nipis diukir pada bibirnya. Kemudian, Ben meletakkan telefonnya ke atas katil lalu tuala yang tergantung rapi di capai.

TTING!

Ben terus memeriksa telefonnya setelah menerima pesanan ringkas dari seseorang. Disangka Mike tapi. . .

Abang dapat teman Mel malam ni? - Melly

Sorry, abang ada hal sikit. Maybe next time - Ben

Hal apa bang? - Melly

Ben mengeluh dengan soalan diberikan oleh Melly itu. Sibuk saja nak tahu. Bisik hati Ben. Soalan itu dibiarkan tergantung tanpa sebarang jawapan.

TTING! TTING!

Okay, pukul berapa Ben datang ambik? - Mike

8-ish? - Ben

Nice. See you later. Love you - Mike

Love you too - Ben

Tepat pukul lapan sahaja, Ben sudah terpacak di depan pintu bilik Mike. Pusat membeli belah nereka tuju. Setiba sahaja di pusat membeli belah, mereka mengisi perut yang lapar.

Usai mengisi perut, mereka naik ke tingkat atas sekali pusat membeli belah itu untuk membeli tiket wayang. Wayang mereka bermula pada pukul 9.45 malam. Sempat lagi bagi mereka berjalan buat seketika. Ben memegang tangan Mike sekejap.

"Abang!" Bahu Ben di sentuh dari belakang. Mike yang perasaan akan kehadiran Melly disitu, secara perlahan melepaskan genggaman tangan bersama Ben sebentar tadi. Ben melihat tangan yang dilepaskan oleh Mike itu lalu berpaling melihat ke arah Melly.

"Mel buat apa dekat sini?" Soal Ben.

"Oh, nak tengok wayang dengan roommate Mel. Abang buat apa dekat sini dengan Mike?" Soalnya sambil memberi jelingan menjengkelkan ke arah Mike.

Mike menjeling wajah wanita dihadapannya itu semula. Rimas pula aku tengok dia.

"Kita orang ada da..."

"Datang nak tengok wayang juga. Ben, Mike nak ke toilet kejap," Mike memotong ayat Ben. Nak buang hantu yang merasuk badan aku kejap. Kalau lama - lama aku tengok muka si Melly, memang tak bernyawa minah tu oleh aku. Bisik hati Mike.

Melangkah sahaja keluar dari tandas, api kemarahan yang tadi sudah reda kini membara semula tatkala melihat Melly merangkul tangan kiri Ben dengan kepalanya terlentok di bahu Ben. Gedik sesungguh. Kalau aku terajang dari belakang, nanti apa pula orang kata. Tak apa, aku biarkan saja. Ben ni pun satu, dia biarkan saja minah tu pegang tangan dia. Geram hati Mike.

"Jomlah Ben, wayang pun dah nak mula. Aku dan Ben gerak dulu, ok?" Kata Mike sambil memberi signal kepada Ben untuk gerak.

"Kita jalan sama - samalah, Mike. Lagipun cerita yang kita nak tengok ni sama. Mike, saya nak minta satu permintaan boleh?" Melly mengambil satu tiket dari tangan kawannya lalu memberikannya kepada Mike. Lantas tiket yang dipegang Mike tadi, di ambil . "Saya nak duduk dengan Abang Ben. Awak duduk dengan roommate saya, ok" katanya dan terus menarik Ben masuk ke panggung.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now