Bab 13.2

1K 41 7
                                    

FLASHBACK__

Haries meminta diri dahulu untuk berjumpa Darius di pusat membeli belah atas sebab ingin melihat perlawanan bowling yang di ikuti oleh Darius.

Pada masa yang sama Dee dan Lyn juga meminta diri juga.

Pendekkan cerita, ketika Haries menunggu enjin keretanya panas, dia ternampak kereta Dee berpusing semula masuk ke dalam parking lot dan memarkir keretanya bersebelahan dengan kereta Haries.

"Kenapa Dee?" soal Haries dengan membuka tingkap keretanya.

"Oh, aku terlupa nak bagi hadiah ni kepada Mike. Nasib tak jauh rumah Lyn, dapatlah aku berpusing semula ke sini," jelas Dee lalu menepuk dahinya.

Haries mengangguk mengerti. "Ok, kalau macam tu aku ciao dulu lah. Bye!" Tayar kereta Haries terus meluncuri jalan tar tersebut.

Dengan hati yang gembira, Dee berjalan menuju ke bangunan di mana terletak bilik Mike. Tanpa di jangka, Dee ternampak Mike dan Ben berjalan berduaan menuju ke kereta Ben. Niat untuk memanggil Mike dari jauh terbantut tatkala Mike dan Ben tiba - tiba berpuluk di antara satu sama yang lain.

Awalnya, Dee berfikir itu hanyalah pelukan di antara adik - beradik. Dee pun mengeluarkan telefonnya untuk mengambil gambar situasi yang sangat mengembirakan hatinya. Baginya tidak pernah lagi dalam hidupnya melihat adik - beradik tiri rapat sebegini.

Snap!

Tapi jari yang menekan untuk mengambil gambar terhenti dan hadiah di tangannya juga terjatuh ke lantai apabila Mike dan Ben mula berkucup bibir.

"Apa yang...?" Dee hampir menangis melihat situasi luar jangkaannya itu. Secara tidak sengaja, Dee mengambil gambar apa yang berlaku pada masa itu.

Dee terus berlari ke keretanya semula dan meninggalkan tempat tersebut.

.

.

.

"DEE," panggil Mike sepatah.

Dee yang sibuk dengan kerjanya pada masa itu terus menoleh ke belakang. Bila dia tahu yang memanggilnya tadi adalah Mike, Dee terus mengemas buku - bukunya dan cuba beredar dari meja itu. Namun, langkahnya terhenti apabila Mike memegang tangannya dengan kasar

"Sakitlah!" kata Dee kesakitan.

"Sakit tangan kau tu, tak sesakit hati aku sekarang. Kau punca segala - galanya," marah Mike.

"Apa maksud kau? Kalau pasal gambar tu, bukan aku yang sebarkan," getus Dee dan cuba melepaskan genggaman tangan Mike.

"Tapi kau kan yang ambil gambar tu semua?"

"Ya, memang aku yang gambar semua tu. Sebab aku kecewa, sakit hati dengan kau. Kau tak guna aku tapi kau guna orang sejantina dengan kau, lagi - lagi abang kau sendiri! Dasar lelaki tak guna!" Kini terlepas tangan Dee dari genggaman tangan Mike.

"Hoi, aku tak gunakan kau sebab aku tak suka kan kau. Dari awal aku kenal kau, memang aku tak suka dekat kau. Nak tau kenapa? Sebab aku gay! Sekarang aku tak kisah lagi apa orang lain nak cakap pasal aku, sebab tak ada guna lagi aku nak berahsia bagai. Dan untuk pengetahuan kau, aku lebih rela sayangkan Ben dari kau sebab kasih sayang yang diberikan oleh Ben itu adalah betul! Berbanding dengan kau, perempuan terhegeh - hegeh tak sedar diri, merosakkan masa depan orang, siapa yang nak?! Lagi jijik dari aku!" jerit Mike. Pelajar lain yang sedang duduk berhampiran dengan mereka terus menoleh.

PAP! Satu tamparan hinggap ke pipi Mike, tempat yang sama di mana papanya tampar sebelum ini. Mike meraba pipinya yang sakit itu. "Sampai hati kau cakap macam tu, Mike. Aku tak sangka kau akan layan aku sebegini. Untuk pengetahuan kau, memang betul bukan aku yang sebarkan gambar - gambar tu semua." Dee terus berlari meninggalkan Mike.

Mike berdiri membeku. Pelajar lain mula berbisik diantara satu sama yang lain.

Seseorang menyentuh tangan Mike dari belakang. Perlahan - lahan tangan itu di genggam. Mike menoleh dengan hati yang berat. Wajah risau Ben jelas tertera pada masa itu. Tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling, Ben terus memeluk Mike. Mike terkejut dengan tindakan yang di buat oleh Ben. Pelukan itu di balas.

.

.

.

"MIKE fikir Ben dah tak kisah tentang Mike lagi," kata Mike perlahan sambil mata hanya melihat kedepan. Ben yang sedang duduk disebelahnya, menoleh dengan wajah sayu.

Tangan Mike di sentuh lembut. "Maafkan Ben sebab tak buat apa - apa masa hari itu, Mike. Tapi papa dan mama dah tahu segalanya mengenai Ben, begitu juga tentang kita berdua. Mike maafkan Ben?" soal Ben.

Kali ini, Mike pula yang menoleh melihat Ben. "Dengan satu syarat."

"Apa? Anything for you," katanya lalu senyuman nipis mula terukir.

"Bagi Mike masa untuk bersendirian. Mike perlukan masa," kata Mike dengan berat hati.

"Baiklah, kalau itu yang Mike mahu kan sekarang. Ben akan turuti. Tapi jangan terlalu lama, sampai membuatkan Ben tertunggu - tunggu," kata Ben lalu bangkit meninggalkan Mike.

Ben akur akan peminta Mike itu tapi di dalam hati, dia tidak akan berdiam diri tanpa membuat apa - apa. Dia perlu mencari siapa yang menyebarkan gambar2 tersebut. Tindakan perlu di ambil.

Mike mengangguk mengerti. Hanya ekor matanya saja yang dapat menghantar Ben pergi.

Tanpa membuang masa, Ben terus mencari Dee semula. Dia perlukan jawapan secepat yang mungkin, supaya hal ini selesai dengan segeranya. Dari perpustakaan, ke cafe dan banyak lagi, tapi orang yang dicarinya masih tidak kelihatan.

"Hoi Ben!" Jerit Darius dari jauh.

"Ha, Darius! Apa dia?" Balas Ben dan terus berlari mendapatkan Darius.

"Kau kenapa dari tadi aku tengok pusing sana pusing sini. Kau cari apa?"

"Siapa"

"Ha, kau cari siapa?"

"Dee," balas Ben sepatah.

"Dee kawan Haries?" Ben mengangguk. "Kenapa kau cari dia?" Soal Darius lagi.

"Dia ada jawapan bagi semua masalah ni. Aku mesti cari dia sekarang juga."

"Oho, kalau macam tu, aku tolong carikan lah juga." Mereka berdua pun memulakan pencarian Dee sekali lagi.

.

.

.

KELIHATAN orang yang dicari dalam keretanya sedang berduka lara. Terus saja Ben mengetuk cermin tingkap kereta Dee.

"Kau buka sekarang," arah Ben.

Dee mendengus kuat di dalam kereta. Dari satu masalah ke satu masalah. "Kau nak apa pula. Tak cukup Mike sakitkan hati aku, kau nak mengeruhkan keadaan lagi?" Soal Dee separuh sedih.

"Aku tak akan kacau hidup kau kalau kau bagi tahu aku, siapa yang sebarkan gambar - gambar tu," jawab Ben

"Baik kau bagitahu, Dee. Kalau tak dengan kau kau sekali aku ambik tindakan nanti," ugut Darius.

Dee terdiam. Berfikir patutkah dia memberitahu siapa yang menyebarkan gambar tersebut. Lama juga lah di berfikir, sampaikan hilang kesabaran di dalam diri Ben.

"Cepatlah bagitahu!" Atap kereta Dee dihempas Ben.

"Melly! Melly yang sebarkan semua gambar - gambar tu!" Balas Dee dek kejutan yang diberi oleh Ben.

Ben terus beredar dari situ.

"Thank you," kata Darius dan terus mengekori Ben dari belakang.

SO SORRY KALAU SAMBUNGAN BAGI BAB 13 NI SEDIKIT MEMBOSANKAN ATAU MENYAKITKAN HATI PEMBACA SEKALIAN...

TAPI WALAUBAGAIMANAPUN, JANGAN LUPA VOTE DAN TINGGALKAN COMMENT!

LOVE, HY!

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now