Bab 10

1.2K 46 4
                                    

"Wei, ada pensyarah baru tau hari ni," kata salah seorang pelajar wanita dari kerusi belakang. Darius hanya memasang telinga kerusi depan. Begitu juga dengan Zory yang sedang duduk disebelahnya.

"Maksud kau, pensyarah baru ni akan ganti Puan Qristy yang sedang sarat mengandung tu?" Soal sahabatnya pula

"Iyerlah. Aku dengar, dia masih muda. Dalam 30-an macam tu. Hensem juga. Huish tak sabar aku nak ngorat pensyarah baru kita tu," sambung pelajar wanita yang memulakan cerita tadi.

"Macam mana kau tau dia hensem? Kau ada nampak dia kat mana - mana ker?" Soal sahabatnya lagi.

"Kan aku kata aku dengar... Maksudnya aku cuma dengar yg dia hensem. Sebab tu aku tak sabar nak tengok betul ke tidak dia kacak gila sampai membuatkan jantung ku ini akan terus berlari kepadanya."

"Gatal," kata Zory tiba - tiba dari depan sambil menggelengkan kepalanya.

Pelajar wanita itu mendengus keras. "Hih, sakit hati. Jealous lah tu sebab pensyarah baru tu bukannya seorang perempuan yang cun melecun."

Zory menoleh kebelakang sambil pencil ditangan di tunjuk - tunjuk ke arah pelajar wanita tersebut. "Tak kuasa lah aku nak jealous. Lagi - lagi dengan perempuan gedik macam kau ni," balas Zory dengan meniru gaya pelajar wanita itu bercakap.

Pintu depan dewan kuliah di tolak dari luar. Semua pelajar terus memberi perhatian kehadapan. Zory terkejut bila melihat pensyarah baru yang masuk ke dalam dewan kuliah tersebut. Begitu juga dengan pensyarah baru itu, dia turut terkejut bila terlihat wajah Zory dalam keramaian pelajar di dalam dewan tersebut.

Selesai sahaja kuliah pada petang itu, dia terus pergi ke ofis milik pensyarah tersebut.

Pintu di ketuk dari luar. Dengar sahaja ketukan itu, pemilik ofis tersebut terus mengatakan, "masuk," dari dalam. Zory terus memulas tombol pintu. Melihat kewujudan Zory di muka pintu, pensyarah lelaki itu terus bangkit dari duduk.

"Zo... ry...," sebutnya agak terkejut.

Melihat lelaki yang pernah dirindui sebelum ini, membuatkan hatinya seperti dirobek. Selepas apa yang berlaku empat tahun lepas, Zory cuba untuk melupakan lelaki yang berada dihadapannya ini. Namun kewujudannya, membuatkan hatinya merajuk dari terus melupakan Damian.

"Abang apa khabar?" Soal Zory teragak - agak.

Pintu ditutup. Damian mengajak Zory untuk duduk di kerusi yang ada didepan meja kerjanya. "Abang baik - baik saja," balas Damian dalam keadaan janggal. "Zory pula?"

"Sama. Isteri abang, sihat?" Soalnya lagi

"Abang dah cerai dengan isteri abang. Bulan lepas."

Zory agak terkejut dengan jawapn yg diberikan oleh Damian. "Kenapa?"

"Sebab kami tak sehaluan. Tambahan pula, dia ingin kembali bersama dengan lelaki yang pernah di cintai sebelum ini," jawab Damian dengan nada yg mendatar.

Kepala di angguk mengerti. Lalu matanya tertumpu ke arah satu gambar yg ada di atas meja kerja Damian. "Anak abang?" Soalnya bila terlihat seorang budak kecil lelaki tersenyum riang di dalam gambar itu.

"Ya. Noah namanya. Umur baru 3 tahun. Abang mengambil alih penjagaan Noah sepenuhnya. Taklah sunyi rasa bila di rumah, ada yang meneman." Damian tersenyum bila bercerita tentang anak sulungnya.

Keadaan berubah sunyi buat seketika. Masing - masing tidak tahu untuk berbicara tentang apa.

"Zory dah berpunya?" Soal Damian tiba - tiba.

Zory menggelengkan kepalanya. "Hmmm... Zory minta diri dulu lah bang. Dah lewat ni," katanya terus bangkit dari duduk. "Bye" Kepalanya diangguk sedikit.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now