Bab 4

1.4K 52 2
                                    

 Darius memasukkan kasut bolanya kedalam begnya. Botol air mineral yang tinggal sedikit itu, di teguk hingga airnya habis. Kemudian, botol tersebut di campak mausk ke dalam tong sampah. Langkah mula dibuka meninggalkan padang bola itu.

"Korang, aku gerak dulu. Dah lewat ni!" katanya pada yang lain.

"Ok bro! Take care!" sahut sahabat – sahabatnya serentak.

Kunci kereta dikeluarkan, lalu punat membuka kunci di tekan. Pintu kereta hendak di buka, namun niatnya terbantut tatkala terdengar suara orang meminta bantuan. Pintu di kunci semula.

"Tolong! Ada sesiapa dekat atas tu tak?! Tolong!" jerit seseorang dari satu lubang berdekatan dengan keretanya.

Macam aku kenal suara ni. Bisik hati Darius. Tapi kepalanya laju – laju di gelengkan. Bukan suara orang kut, mungkin suara makhluk lain memandangkan hari pun sudah senja. Punat membuka kunci di tekan semula.

"Oi, tolong! Aku dekat bawah ni! Ada sesiapa tak dekat atas tu? Ha.... Give up aku macam ni," sambung suara itu.

Disebabkan perasaan musykil menghantui dirinya, Darius terus mengunci semula keretanya dan membuka lampu suluh dengan menggunakan telefon. Suara itu di dekati. Tiba sahaja di lubang itu, dia hampir terkejut melihat gerangan yang berada di dalamnya.

"Haries? Kau ke tu?" soal Darius teragak – agak. "Eh, betullah kau! HAHAHAHA Kau buat apa dalam lubang ni? Main sembunyi - sembunyi ke? Dengan siapa?" sakat Darius lagi sambil ketawa.

Argh! Kenapa dalam banyak – banyak orang, mesti dia yang jumpa aku? Bisik hati Haries. "Kau....!!," kata Haries tidak puas hati. Sabar Haries, hanya dia sahaja yang boleh bantu kau sekarang. "Cepatlah tolong! Buat apa tercegat lagi dekat atas tu!" marah Haries dengan berpakaian yang agak kotor.

"Hulur tangan kau cepat!" arah Darius pada Haries. Arahan itu diturutinya. Dengan menggunakan kekuatan dalaman dan luaran, Darius menarik Haries naik ke atas semula. Nasib baiklah badan Darius boleh tahan sadonya. "Macam mana kau boleh ada dalam lubang ni?" soal Darius ingin tahu.

"Kau rasa?" soal Haries semula.

"Jatuh?"

"Pandai pun. Dah tahu kenapa tanya?"

"Maksud aku, macam mana kau boleh jatuh ke dalam lubang ni?"

"Aku.... Main phone, tak nampak lubang kat depan," jawab Haries teragak – agak.

Darius menepuk tangannya berulang kali. "Tahniahlah. Teruskan didik diri itu, bermain dengan telefon semasa berjalan. Didiklah," balas Darius bersungguh – sungguh. "Orang kata, kalau berjalan tu, tengok depan belakang, kiri kanan, atas bawah, bukannya phone." Lalu Darius menunjuk kepalanya dan mengerakkan tangannya seperti gerakan 'tiada akal'.

Haries hanya menjeling tajam lelaki di hadapannya itu. "Diamlah kau! Pergi balik sana. Menyemak saja muka kau dekat sini."

"Aik, orang dah bantu dia naik ke atas ni semula, bukannya nak cakap terima kasih tapi di halaunya pula. Cuba lah cakap 'terima kasih banyak – banyak seniorku, Darius kerana membantu diriku yang jatuh kelubang busuk ini. Lepas tu, bagi kiss sikit ker?" kata Darius menunjuk bibrinya sambil menjongketkan keningnya berulang kali.

Haries hanya memberi wajah tanpa emosi sebagai jawapan. Malas nak layan. Lepas itu dia terus bangkit dari duduknya untuk pulang ke biliknya. "Argh!" Haries mengadu sakit. Sukar baginya untuk berjalan disebabkan kakinya yang terseliuh itu.

"Boleh jalan sendiri ke?" soal Darius yang sejak tadi hanya memerhati.

"Boleh! Tak payah sibuk!" Balas Haries lalu meneruskan jalannya walaupun terhenjut – henjut kesakitan.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now