Bab 11

1.2K 44 7
                                    

Seorang pelajar junior mula menghampiri meja dimana Haries dan Darius berada. "Hai abang" sapa pelajar junior itu sambil tersenyum manis kepada Darius.

"Adik! Tak ada kelas ke?" Jawab Darius sambil tersenyum. "Ries, kenalkan. Ini adik aku, Veronica. Adik, ni Haries, kawan abang yang paling rapat dengan abang," sambung Darius.

Haries tersenyum sambil mengatakan "Hai"

Begitu juga dengan Veronica yang sudah menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Haries. Huluran itu di sambut Haries. Kerusi yang ada di hadapan Haries dan Darius itu ditarik, lalu punggung dilabuh keatas kerusi tersebut.

Veronica masih lagi tersengih melihat Haries. Pandangan itu membuatkan Haries jadi kurang selesa.

"Adik, abang tanya, tak ada kelas ke?" Soal Darius memecah kejanggalan yang dihadapi oleh Haries.

"Ah, apa dia? Oh, adik baru habis kelas lah ni. Masuk library ingat nak lepak dengan kawan tapi ternampak abang dekat sini sebab tu adik terus pergi dekat abang," jelas Veronica tergagap gagap.

Darius mengecilkan matanya. "Kau tak baik tau, adik.."

"Kenapa pula?"

"Mama hantar kau belajar sampai masuk universiti untuk membanggakan hati dia, demi masa depan kau juga. Tapi, adik buat apa? Nak lepak dengan kawan dalam library? Hmmmm sungguh mengecewakan. Abang sedih," monolog Darius lalu mengesat matanya seolah olah ada air mata yang menitis.

Wajah bengang diberikan. "Abang, jangan nak drama boleh tak? Meluat adik tengok. Baru sekali nak lepak dah nak membebel. Bukannya orang buat benda yang salah pun," kata Veronica dalam keadaan berbisik namun dengan nada yang ditekan.

Kepala digelengkan berulang kali melihat teletah dua beradik ni.

Veronica kembali duduk menegak. Senyuman diberikan kepada Haries. Rambutnya di luruskan kebelakang. Nasib aku cantik hari ni. Puji Veronica tiba - tiba dalam hati.

"Adik kau tengah goda aku ke sekarang?" Bisik Haries kepada Darius dengan wajah ketakutan. Darius mengangguk perlahan sambil melihat adiknya yang seperti tidak ingat dunia sejak tadi meluruskan rambutnya.

"Tak payah pedulikan dia, kau teruskan apa yang kau buat sekarang. Lepas tu, aku lanja kau makan," bisik Darius pula. Tak sudah - sudah makan~

Haries tersenyum dan terus menyambung bacaannya.

Darius pula dengan selamba mematahkan lagi coklat yang ada ditangannya lalu menyuapkannnya ke dalam mulut.

Setelah coklat itu hampir lenyap, Veronica mula menyedari bahawa coklat itu adalah pemberiannya buat Haries. Kenapa abang pula yang makan?

Veronica berdehem sedikit. "Bang, boleh cakap sikit?"

"Apa dia?" Balas Darius.

"Cakap kat luarlah. Hal penting sangat ni." Diakuri permintaan adiknya itu. "Abang ni kan!" Marah Veronica tiba - tiba sebaik sahaja mereka berada diluar perpustakaan.

"Apa dia?" soal Darius hairan. Meroyan ke apa adik aku ni tiba - tiba nak marah.

"Coklat tu, kenapa abang pula yang makan?" soalnya bengang.

"Aik, salah ke makan coklat ni? Bukan adik punya pun."

"Tapi adik bagi coklat tu untuk Abang Haries. Huh" getus Veronica marah.

Darius menjongketkan kening matanya. Mulutnya dicebik sedikit. "Oh, adik ke yang bagi coklat ni kepada Haries? Dah pandai menggatal eh. Bagitahu mama," kata Darius buat - buat terkejut. Dia dah tahu sebenarnya.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now