Bab 13.1

1.1K 38 1
                                    

Air mata Mike mengalir dengan deras sebaik sahaja melangkah masuk kedalam teksi yang di ikutnya sebentar tadi. Dia tidak menyangka yang darah dagingnya sendiri sanggup berbicara sebegitu rupa. Buruk sungguhkah pandangannya terhadap aku ini? Soal hati Mike.

"Adik ok ker?" Soal pak cik pemandu teksi itu.

Mike tidak menjawab soalan pak cik malah semakin lancar air matanya mengalir.

Setiba sahaja di hostel, dia terus berjalan dengan pantas memasuki biliknya. Haries yang menegur Mike, menjadi hairan bila Mike langsung tidak menoleh ke arah dirinya. Kenapa dengan Mike? Soal Haries seorang diri.

Haries mengetuk pintu di hadapan biliknya itu.

"Mike! Kau ok ker?" Soal Haries sambil mengetuk pintu bilik Mike berulang kali. "Mike?~~~"

"Leave me alone!" marah Mike kepada Haries.

"Eh, dia ni. Aku cakap bukan main sopan, dia boleh jerit dekat kita pula. Tak boleh jadi ni. Mike! Buka pintu sekarang. Atau kau nak aku tolak dari luar pintu ni dengan kuat," ugut Haries. Namun masih tiada tindak balas diberikan oleh sahabatnya itu. "M-I-K-E MIKE~~~~~ BUKA PINTU~~~" sambungnya lagi dengan nada yang menjengkelkan.

Masih tidak dihiraukan oleh Mike. Pintu terus diketuk berulang kali tanpa henti.

Ttok! Ttok ttok ttok ttok ttok ttok ttok ttok!

Ttok! Ttok ttok ttok ttok ttok ttok ttok ttok!

Ttok! Ttok ttok ttok ttok ttok ttok ttok ttok!

Sehinggalah tiada kesabaran lagi didalam diri Mike. Dia terus berdiri dan dibuka pintu biliknya itu dengan kasar.

"Kaulah manusia yang paling annoying di dunia ni! Aku kata tinggalkan aku sorang diri, kau ketuk lagi pintu ni. Arghhhh!" Stress Mike dengan air mata masih lagi mengalir deras.

"Bro, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau nangis?" Soal Haries risau. "Sorrylah kalau aku buat kau stress. Tapi takkan lah sampai kau boleh mengalirkan air mata jantan kau ni?" Semakin risau.

Mike membiarkan pintu terbuka lalu berjalan menuju ke katil tidurnya. Haries membuntutinya dari belakang.

"Wei, aku soal ni. Kau kenapa?"

Pada mulanya, Mike tidak berasa ingin mengongsikan apa yang telah berlaku pada dirinya sebentar tadi. Tapi bila di fikirkan lagi, pada siapa lagi yang harus dia luahkan segala rasa sedih duka dan laranya itu. Hanya Haries, sahabatnya dari sekolah menengah dan bagaikan adik beradiknya sendiri.

Mike pun membuka cerita, dari pangkal hingga ke hujung cerita. Tiada lagi air mata mengalir, hanyan perasaan hampa terhadap papanya dan Ben sahaja yang tinggal. Ada terdetik dihatinya juga, bila teringat apa yang dibicara tadi 'Aku harap kau mati'. Aku tak patut cakap macam tu kepada papa walau seburuk mana pun sikapnya terhadap aku. Bisik hatinya.

"Jadinya sekarang, siapa yang ambik gambar korang berdua tu?" Haries mengerutkan dahinya.

"Itulah yang aku tak tahu sekarang. Aku rasa macam nak urghhhh..," katanya terhenti sambil menumbuk - numbuk angin."... saja siapa yang buat semua ni. Dia dah ambik hak aku untuk memberitahu sendiri kepada papa!" getus Mike.

Haries mengangguk setuju.

"Kau kata gambar yang kena hantar dekat parents kau tu, adalah gambar masa hati jadi kau hari tu dan masa kau pergi taman tema pagi tadi sama Ben. Yg hari jadi tu ok, yang taman tema tu, cepat gila dia buat kerja. Macam nampak sangat nak menjatuh kan kau. Apa masalah dia sebenarnya ah? Kenapa dia dengki sangat dekat kau? Apa yang kau buat sampai dia sanggup memperlakukan kau macam ni? Ah, tak faham aku!" Semakin lantang suara Haties berbicara.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now