Bab 5

1.4K 46 0
                                    

 Haries berjalan dengan perlahan menuju ke cafeteria memandangkan kakinya masih belum pulih. "Slow, slow," katanya seorang diri. "Kalau bengkak kaki ni, lain lagi ceritanya nanti," sambungnya lagi. Menoleh kiri kanan, mencari tiang untuk berpaut buat seketika. Ah, ada!

"Hoi, Ries!" terjah Deey dari belakang membuat Haries terkejut dan hampir terjatuh. Syukur ada tiang untuk berpaut.

Haries menoleh kebelakang dengan memberikan jelingan tajam kepada sahabatnya itu. "Gila, kau nak bagi aku mati dekat sini ke apa?" soal Haries marah. "Kau nak apa?" soalnya lagi.

Deey tersenyum sumbing mengelip – ngelipkan matanya. Kaki Haries di lihat terus. "Wei, kenapa dengan kaki kau, berbalut bagai ni? Patah ke?" soal Deey, konon prihatin sambil memberikan reaksi risau.

"Terseliuh je," jawab Haries ringkas. "Oi, aku tanya ni, kau nak apa?" sambung Haries.

"Oh, kau nak pergi lunch ke?" soal Deey. Haries mengangguk perlahan, masih berpaut pada tiang. "Kalau macam tu, jom kita lunch sama – sama," ajak Deey.

Haries berasa pelik, tidak pernah – pernah nak bawa lunch sekali, kenapa hari ni... "Kau nak apa sebenarnya dari aku? Kalau nak aku arrange date untuk kau dengan Mike, aku tak berani. Sebab kau tahu dia jenis yang tak suka bila orang lain buat keputusan untuk dia," kata Haries. Sememangnya dia tahu yang Deey ada hati buat Mike.

"Ala, bukan pasal Mike lah. Kalau pasal dia, aku boleh buat sendiri. Salah ke aku nak ajak kau lunch sekali?" soal Deey lalu menjongketkan keningnya berulang kali.

Haries mengeluh. "Ok, lunch sahaja. Lepas tu aku nak ke library sebab ada kerja." Haries terus menolak tiang itu dan cuba untuk berdiri sendiri. "Minjam bahu kau," kata Haries lalu memegang bahu kanan Deey untuk di jadikan 'tongkat'.

"Macam mana kaki kau boleh terseliuh ni?" soal Deey tiba – tiba.

Haries melihat Deey. "Ah... Ummm... Aku jatuh tangga. Ha, aku jatuh tangga," tipunya. Deey mengangguk mengerti.

Semasa makan tengah hari...

Seorang pelajar wanita berjalan menuju ke arah mereka dengan lenggok yang teramat kuat. Mengalahkan model yang berjalan ketika fashion show.

"Hai, korang. Boleh join?" soalnya dengan suara yang agak melentik.

"Eh, Yin. Ada pun kau," sapa Deey. "Ries, ini Yin kawan aku. Yin, ini Haries kawan aku." Deey memperkenalkan Yin kepada Haries. Haries mengangguk sekali bila melihat Yin.

Yin pula menghulurkan tangannya ke arah Haries. "Sorry, tangan kotor," kata Haries memandangkan baru sebentar tadi dia memegang paha ayam.

"Duduklah," kata Deey.

"Ok tapi aku nak beli makanan dulu," kata Nelly dengan gedik lalu mengenyitkan matanya berulang kali kepada Haries. Haries hanya memandang dengan wajah tanpa emosi lalu melihat makanannya semula. Dah kenapa kenyit mata macam tu, sakit mata ke? Soal hati Haries.

Ketika Yin sibuk membeli makanan, Deey mula berdehem sekali dua. "Ries," panggilnya sekali.

"Hmmm." Haries mendongakkan kepalanya memandang Deey, dengan mulut masih mengunyah makanan.

"Macam mana nak cakap ek. Sebenarnya, sebab aku bawa kau lunch ni..."

Haries terus menelan bulat – bulat ketulan ayam yang ada di dalam mulutnya itu lalu memotong ayat Deey. "Aku dah agak dah. Mesti ada sebab kenapa kau bawa lunch hari ni. Tak pernah – pernah, tak ada angin, tak ada ribut, nak bawa lunch. Apa hal? Hih, kau ni. Apa dia sebabnya?" Haries memberikan wajah tidak puas hati.

"Yin, dia yang suruh ajak kau lunch. Sebab dia nak jumpa dengan kau and berkenalan dengan kau. Kau fahamkan apa maksud aku?" Deey tersenyum sumbing.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now