Bab 3

1.5K 52 0
                                    


 TTING! Bunyi notifikasi timbul dari telefon milik Mike. Mike terus memeriksa telefonnya. Mesej dari Ben. Mesej itu terus dibuka.

Mike datang ke?

Mike meletakkan semula telefonnya ke meja dihadapannya. Minyak wangi kegemarannya di sembur sedikit ke bahagian leher serta pergelangan tangannya. Selepas itu, dia mengeluh bila melihat dirinya dari pantulan cermin dihadapannya.

"Kenapa papa suka membuat keputusan tanpa bertanyakan pendapat orang lain?" soalnya pada dirinya sendiri tatkala teringat papanya yang memaksanya untuk pergi ke makan malam pada hari ini. Bukan tentang itu sahaja, tentang perkahwinan di antara papanya dan ibu tirinya.

Beberapa bulan sebelum Mike menduduki peperiksaan terakhirnya ketika di bangku sekolah menengah, Mr. Koh terpaksa ke luar negeri atas sebab kerja. Setahun sudah berlalu, tapi Mr. Koh masih belum pulang ke tanah air. Sehinggalah dua minggu selepas Mike masuk ke university, Mr. Koh pulang ke rumah dengan membawa seorang wanita dan menggelar dirinya sebagai isteri baru Mr. Koh.

Ben? Ben tidak ikut sama berpindah ke banglo atas sebab yang tertentu. Bila diselidik sebab di sebalik mengapa Ben tiada bersama ibunya pada masa itu adalah Ben juga tidak tahu yang ibunya berkahwin dengan lelaki lain iaitu Mr. Koh.

Mike yang sememangnya sudah mengenali akan diri Ben sebelum ini (dari sekolah menengah), tidak dapat menerima kenyataan yang lelaki itu adalah abang tirinya sehinggalah sekarang.

Sebaik saja Ben berpindah masuk kerumah itu, Mike membuat keputusan untuk tinggal di asrama walaupun jarak rumah dan universiti tersangatlah dekat. Sejak itu juga, dia cuba mengelakkan dirinya dari bertembung atau bersemuka dengan Ben.

Tidak di sangka, Ben juga mengambil keputusan untuk tinggal di asrama selepas sebulan berpindah ke banglo. Sebab? Tidak diketahui.

Jam di tangan dipandang, Mike sudah lewat. Kunci kereta terus di capai, kakinya terus melangkah keluar dari biliknya untuk ke kereta. Ketika di tempat letak kereta, dia terserempak dengan Haries yang baru pulang dari membeli barang.

"Eh Mike, kau nak pergi mana?" soal Haries sambil menekan punat 'mengunci' kereta.

"Aku ada dinner dengan family aku. Malas sebenarnya nak pergi tapi kau tahulah papa aku jenis yang macam mana orangnya," balas Mike lalu menjongketkan keningnya.

Haries mengangguk mengerti. Dia kenal sangat dengan papanya Mike sejak sekolah menengah lagi. Mr. Koh jenis yang – satu, suka memaksa dan memerintah. Dua, kalau dia tak dapat sesuatu atau orang itu tidak mendengar perintah dan kemahuannya, kau tengoklah nasib kau selepas itu.

"Oklah bro, aku gerak dulu. Dah lambat dah ni," sambung Mike lagi.

"Take care. Pandu elok – elok. Kalau ada apa – apa, call aku," pesan Haries sebelum berlalu untuk pulang ke biliknya.

Sepuluh minit kemudian, kereta Mike tiba di perkarangan banglo dua tingkat keluarganya itu. Enjin kereta dimatikan, pintu kereta terus di tolak. Kaki pun melangkah menuju ke pintu utama banglo tersebut.

Kunci untuk pintu utama itu dikeluarkan, lalu pintu dibuka. Siapa sangka, orang yang pertama dilihat ketika dirinya membuka pintu adalah Ben, yang hendak naik ke tingkat atas buat seketika.

Melihat wujudnya Mike pada masa itu, membuatkan Ben tersenyum. Niatnya untuk ke tingkat atas, terus dibatalkan. Sebaliknya, Mike dihampirinya. "Kenapa tak balas text Ben tadi?" soal Ben.

"Papa mama mana?" dan Mike pakar menukar topik anda.

"Ada dekat meja makan. Jom lah," pelawa Ben lalu berjalan menuju ke ruang makan. Begitu juga dengan Mike, mengekori Ben dari belakang.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now