Bab 7

1.3K 51 1
                                    

Mike mendekati Haries yang sedang mengelamun memandang buku - buku yang tersusun di hadapannya. Dahinya dikerutkan sedikit. "Hoi!" Terjah Mike membuatkan Haries menoleh kearahnya. "Kau kenapa mengelamun macam ni?" Soal Mike hairan

Senyuman diukir sedikit pada bibirnya. "Aik, salah ker aku berangan? Tak kacau hidup kau pun," selamba Haries membalas kata2 kawannya itu. Buku2 dihadapannya di susun sekali lagi. Selesai sahaja kerjanya di sudut tersebut, troli berisi buku2 di tolak ke arah sudut lain. Mike hanya mengikutinya dari belakang. "Kau tak ada kelas lagi kan? Kenapa tak balik?"

Soalan Haries itu membuatkan Mike mengeluh sedikit. "Wahai sahabat, sesungguhnya kebelakangan ini aku yang bernama Mike Koh, jarang berjumpa, bercakap, dan lepak dengan sahabat aku yang bernama Haries Yong ini, sebab dia terlalu sibuk. Salahkah aku untuk berada disini sekarang?" Katanya dengan penuh gaya.

Haries menoleh memandang Mike. "Wahai Mike Koh, sesungguhnya aku baru berjumpa dengan kau semalam. Kau ada accident ker koma ker sampaikan kau rasa mcm tak jumpa aku dah lama? Ha?" Balas Haries.

"Ela, aku nak gurau sikit pun tak boleh. Aku nak tanya, kenapa hari ni aku tengok kau macam mendung semacam jer. Apa cerita?" Mike cuba mengorek rahsia yang Haries cuba sembunyikan.

Haries nenggelengkan kepalanya sambil tangan masih ligat menyusun buku2an tersebut. "Kau tu pula, kenapa macam bahagia sungguh aku tengok hari ni?"

"Eh hello, kau jangan nak tukar topik. Orang tanya dia, dia nak tanya orang pula. Ries, aku bukan baru kenal kau tahu. Aku kenal kau sejak kita darjah lima lagi. Kalau kau ada simpan rahsia ke apa, aku tahu ok. Baik kau cerita sekarang," paksa Mike.

Huh, susah kalau ada kawan yang sudah lama mengenali diri ini. Tangannya terus berhenti dari berkerja. Keluhan dihembus sedikit. "Janji jangn bagitahu siapa2?" Soalnya pada Mike. Mike menaikkan tangan kanannya bermaksud janji. "Darius Lee," nama itu disebut terus.

Dahinya dikerut sedikit. Apahal dengan lelaki itu? "Kenapa dengan dia?" Soal Mike pula.

"Dia cakap dia sukakan aku, semalam," jawab Haries teragak2.

"Ha!" Jerit Mike terkejut dengan mulut ternganga sedikit.

"Shhhhh!!" Marah pelajar yang berada di meja membaca beberapa jarak dari mereka.

Haries membesarkan matanya. Ada juga manusia yang kena tanam hidup2 oleh aku ni kang. "Diamlah," getus Haries geram.

Senyuman malu diukir pada bibir. "Sorry2," katanya sekejap lalu duduk bersila di atas lantai. Tangan Haries ditarik untuk duduk sekali. "Habis tu, kau cakap apa?"

"Aku blur lah dia cakap macam tu. Aku terus minta dia hantar aku balik. Hah, cuba kau bayangkan bila ada lelaki lain cakap dia suka dekat kau tiba2, kau rasa apa kau nak balas?" Soal Haries bengang. Mike hanya tersenyum bila teringat apa yang di katakan oleh Ben semalam. "Aduh, aku tanya, dia boleh tersengih2 pula. Aku serious lah."

"Hehe, sorry. Dia ada cakap ke sejak bila dia mula suka dekat kau?" Mike tertanya2.

Haries mengangguk perlahan. "Sejak aku baru masuk belajar dekat sini," jawab teragak2.

Mata Mike membulat. Mulutnya pula ternganga. "Dua tahun lepas tu. Lama juga dia pendam perasaan untuk kau. Hebat sungguh." Lagi lama Ben.

Mereka berdua terdiam buat seketika bila ada pelajar yang melintas di hadapan mereka. Mike menahan sabar untuk berkata2, lama betul pelajar tu berdiri dekat sana mencari buku. Dadanya di gosok2 berulang kali. Haries hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabatnya itu. Mengalahkan perempuan kalau bergosip. Pergi sahaja pelajar itu, Mike terus bersuara.

"Jadinya semalam punya agenda, dia bawa kau keluar tu sebab nak luahkan perasaan dia pada kau lah," tebak Mike. Haries mengangguk perlahan. "Patutlah dia baik semacam dengan kau. Rupanya..."

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now