Bab 8

1.3K 49 6
                                    

Ben tersenyum bila ternampak Mike sedang sibuk makan di cafe universiti. Haries juga di lihat dari jauh. "Shh," bisiknya dari jauh bila Haries hendak menegur dirinya. Mahu buat kejutan buat Mike nampaknya.

Kerusi di tarik, kepala ditongkat menggunakan tangannya sambil melihat ke arah Mike. "Sedap ke makan tu? Nak sikit~" katanya manja pada Mike. Mike terus menoleh. Senyuman di ukir. "Aaa..." Ben membuka mulutnya minta di suap.

"Oi mengada - ngadanya. Aku hempuk dengan laptop ni kang baru tahu," tegur Haries rimas melihat gelagat dua makhluk yang berada di hadapannya sekarang. "Bukan hari tu korang macam tak sekepala ke? Yang hari ni aku tengok macam nak buat orang diabetes ni kenapa?" soal Haries selamba. Namun, kata - katanya itu tidak di ambil peduli oleh mereka. "Jangan cakap korang berdua..."

"Hmmm," jawab Mike mengangguk sambil sudu menyuap mee goreng yang di ordernya tadi. Ben turut menganggukkan kepalanya.

Reaksi Haries ter sikit blur sekarang. "Biar betik? Korang adik - beradik kut."

"Tiri," sambung Ben pula. Haries terkesima. Betul juga kata dia. Haries terus diam.

TTING! Haries memeriksa iPhone 8 nya bila masuk mesej dari seseorang. Bibirnya terus tersenyum.

"Yang kau tersenyum seorang diri ni kenapa? Kau ada apa - apa rahsia yang aku tak tahu ke?" soal Mike musykil.

"Sibuk jer. Dah, cepat sikit makan tu. Kita dah lambat ni untuk perkumpulan AJK sebelum orientasi bermula. Lagi laju siput makan dari kau," bebel Haries dengan tangan ligat menyusun laptopnya ke dalam beg galasnya.

Jam di lihat. "Kejap kejap." Bergegas Mike menghabiskan makanannya. Selesai sahaja, "Ok jom!" ajaknya kepada Haries. "See you later," katanya pada Ben pula.

Ben tersenyum manis, "Take care."

Berlalunya Mike dan Haries, seorang wanita datang menghampiri Ben. Bahu Ben di sentuh lembut. Ben terus menoleh ke belakang. "Melly," kata Ben sepatah. "Buat apa dekat sini?" soalan tak masuk akal ditujukan.

"Mel ternampak abang tadi dengan Mike dan kawannya. Ingat nak join sekali tapi Melly rasa abang dah nak beredar kan?" soal Melly. Ben mengangguk. "Sebelum tu bang, Mel nak tanya sikit boleh?"

Jantung Ben sudah berdegup kencang. Takut - takut dia nak tanya tentang dirinya dan Mike. "Tanya apa?" soal Ben teragak - agak.

"Malam ni abang free tak? Mel ingat nak minta teman abang pergi kedai buku kejap, nak cari barang untuk assignment Mel. Boleh?"Ben menghelakan nafas lega dengan soalan Melly itu.

"I'm not sure if i'm free or not," jawab Ben.

"Kalau macam tu, call Mel nanti if abang free."

"Tengoklah macam mana. Tapi kenapa Mel ajak abang? Tak ada orang lain ke yang Mel nak ajak?" Agak kasar soalan yang di berikan oleh Ben. Melly hanya berdiam diri. "Abang gerak dululah. Ada kelas. Bye" Ben terus beredar dari situ.

Melly mengeluh dengan wajah sedih. Agak tersinggung dengan soalan Ben sebentar tadi. "Aku terpaksa. Kalau aku tak goda Abang Ben, mesti daddy marah," katanya seorang diri.

.

.

.

"HOI! Bukan macam tu lah! Aduh aku bangang betullah dengan budak seorang ni. Dah! Aku tak nak masuk campur lagi. Kalau kumpulan kau kalah, kau aku salahkan!" Jerit Mike dari tepi padang bola, bengang melihat pelajar baru bermain bola sepak. "Tak boleh jadi ni. Kau! Ya, Kau! Yang kaki bangku tak pandai main bola tu! Ke sini sekarang juga!" Tunjuk Mike kepada pelajar baru yang bernama Jojo, blur saja muka bila dilihat. Menahan sabar je Mike tengok.

In Love With Him be like... (COMPLETE)Where stories live. Discover now