19 *joshua

354 33 3
                                    

joshua

aku ternampak kelibat yoojung keluar dari lif.

"ya yoojung !" aku jerit. tapi dia sekadar datang kat aku dengan wajah kosong.

hanya tenung lantai.

kenapa ?

aku tau aku handsome tapi takkan tetiba malu nak pandang aku kot ? sebelum ni rilek je jeling aku ?

aku turut pandang lantai. kot kot ada benda lawak kat lantai yang aku terlepas ke en. tak best ah gelak sensorang

"kau okey tak ?"

aku terpaksa mengintai ke mukanya disebabkan dia menunduk.

dia geleng, sebelum perlahan-lahan menangis.

eh ?

ah yelah, mesti ada something wrong yang berlaku tadi.

tanpa sempat panik, aku pantas peluk dia dengan sebelah tangan. biar dia dapat cover sikit muka dia tu.

sebab aku dengar perempuan cantik mana pon kalau nangis jangan pandang, tetap buruk. so, aku percaya.

aku tepuk tepuk belakang kepala dia lembut, untuk tenangkan dia.

"aku saja je cakap kau crybaby tadi, tak sangka kau betul betul crybaby"aku sekadar tergelak kecil.

makin kuat dia mengaum. eh tak, teresak esak.

"nangis lah selama mana kau nak. aku ada kat sini nak cover kau"

hampir tergigit lidah aku. apa susah sangat nak sebut ayat ni woii.

aku memandang sekeliling, sementara masih mengusap dirinya

mata aku tertangkap pada seseorang yang perhatikan kitorang dari tadi.

perempuan ni,

dia tersenyum sebaik sahaja kami bertembung mata.

aku senyum kembali, sambil menunduk sedikit tanda hormat.

betullah, dia omma yoojung.

padanlah, dari tadi tenung kitorang je.

eh, dia takkan aim aku sebab peluk anak dia kan ?

aku pandang kembali ke tempat tadi, tapi omma dia dah takde.

"joshua, jom pergi" tiba tiba yoojung mengangkat muka.

ceh, takdelah hodoh mana.
lagi comel adalah. so aku dah boleh buang spekulasi tu dari otak aku.

cemarkan nama perempuan je rite ?

aku terus membawa yoojung pergi.

→→→

"joshua, aku nak cakap ni kenapa aku menangis" dia menarik lengan baju aku ketika aku sedang sibuk mengeluarkan kotak bekalan yang disediakan ommanya.

disebabkan dia tak nak balik hotel lagi, aku bawa dia jalan di taman berdekatan yang aku suka pergi.

aku meletakkan kembali bekal tersebut.

"silakan"

"omma ajak aku pindah sini"

wait, WHAT ?!

memang aku terkejut, tapi aku tak patut tunjuk

"oh, kenapa ?" aku cuba bertanya lembut.

"sebab omma kesunyian. aku ingat omma sunyi biasa tapi omma sampai hampir bunuh diri. aku- aku tak sampai hati"

aku menghulurkan tisu yang sempat aku beli kat kedai tadi.

"thanks. then omma kata dia dah bincang dengan appa. appa benarkan, tapi hanya selepas aku dah habis sekolah."

aku tergamam.

"so, kau betul betul akan pindah sini tahun depan ?"

dia mengangguk.

"ohh" giliran aku pulak yang nak nangis.

tapi aku tak tau kenapa aku perlu nangis.

"sunyi lah pledis nanti" tanpa sedar, itu yang terpacul keluar dari mulut aku.

dia tergelak besar.

heol ?

"how can pledis be quiet ? seungkwan, dk ada no hal la dude" dia menepuk belakang aku kuat

sekarang giliran dia pulak memujuk aku.

aku tersenyum nipis.

"jom makan ? mak aku masak kalah aku tau" dia kata bangga.

bangga sangat burukkan nama sendiri 👏

"lawan dengan kau memang la menang"

terus aku disedekahkan sebuah pukulan

→→→

"bye yoojung" aku berkata perlahan sebelum ingin memasuki pintu bilik hotel.

"joshua, terima kasih" dia berkata dengan muka cerianya.

aku sekadar tersenyum mengangguk lalu memerhatikannya masuk ke biliknya.

haih, yoojung. seceria mana pon kau senyum, kau tetap menyerlahkan perasaan sedih dalam diri kau tulah.

aku masuk ke bilik.

terasa macam hati aku pedih. sebab aku tetiba rasa sedih sangat

mungkin sedih dengan kenyataan yang tak lama lagi dia akan pindah jauh.

tapi aku bukannya suka dia pon. tak lebih sekadar adik.

haih dia memang bagi impak besar kat kehidupan aku.

dan aku pasti, bukan aku sorang. seventeen yang lain pon mesti sama.

dan dorang akan rasa apa yang aku rasa sekarang ni kalau dorang tahu pasal benda ni.

aku nak sangat bagitau, tapi dia tak bagi. maaf lah yoojung, buat masa sekarang mungkin aku boleh simpan lagi rahsia ni.

tapi kalau kau dah pergi dan yang lain tercari cari, takkan aku nak diam lagi kan ?

———
double yehett !








✔️ pledis | svtWhere stories live. Discover now