Aku baru keluar dari kelas sebaik sahaja sesi sekolah tamat ketika aku mendapat message daripada seseorang. Aku membuka message daripada nombor tak dikenali itu.
+011-xxx xxxx
Jungjung-ah, ni Nunu unnie. Unnie dengar cerita dari appa Jungjung yang hari ni pon Jungjung nak datang sini~ Yeay! Nanti datang bilik Pristin eh? Kitorang tunggu. Annyeong ❤Aku mengeluh.
Eunwoo unnie rupanya. Haih appa..
Aku nak belajar tapi memandangkan rumah aku jauh, aku terpaksa pergi Pledis tunggu appa then balik sekali dengan appa.
Tapi.. macam mana aku nak belajar kat Pledis sana tu? Rata-rata artis.Aku mengeluh sekali lagi.
"Yoojung-ah! Jumpa esok!" Aku sekadar melambai ke arah kawan baik aku, Doyeon.
Kaki aku terus melangkah menuju ke Pledis dengan harapan supaya aku dapat belajar dengan tenang kat sana.
~
Aku memasuki bangunan tersebut perlahan-lahan. Aku ingin terus menuju ke office appa mengharapkan supaya appa dapat bagi aku sebuah bilik khas untuk aku belajar dan tidak diganggu sesiapa.
Aku melangkah anak tangga dengan penuh berhati-hati supaya tak menghasilkan sebarang bunyi. Aku tak nak Pristin unnie tau aku dah sampai.
Baru aku melangkah beberapa anal tangga, pintu bilik Pristin unnie terbuka.
"Eunwoo, mana Yoojung tak sampai lagi?" Seseorang bersuara. Itu Rena unnie baru keluar dengan Eunwoo unnie.
Serentak dengan itu, mata aku, Eunwoo unnie dan Rena unnie bersatu. Kami bertiga terkaku.
Sebelum apa-apa terjadi, aku segera melarikan diri ke atas. Mereka berdua mengejar aku menaiki tangga itu.
"Jungjung-ah!" Haih. Famous nama gelaran aku. Takpe ke buat bising dalam bangunan syarikat ?
Untuk mengelak bahaya, aku segera masuk ke dalam sebuah pintu yang aku baru nampak.
Aku menutup pintu, lalu memandang telinga untuk mendengar keadaan di luar.
"Jungjung-ah!"
"Weyy mana Yoojung ?"
Kekecohan seketika sebelum keadaan menjadi senyap sunyi kembali.
Aku menarik nafas lega. Dapat jugak aku selamat dari diorang.
Fikir aku sebelum memandang sekeliling bilik itu.
Oh man!
——
🙋💕
YOU ARE READING
✔️ pledis | svt
Fanfiction+ the story of a pledis ceo's daughter. © a seventeen fanfiction →inspired lepas tgk weekly idol pledis special warning; ni aku berangan je maaf bosan. aku tak pandai berangan