tiga tahun kemudian
"jungjung-ah ! bangun cepat ! lambat pergi kelas nanti"
aku menggeliat kecil saat omma selak langsir seluasnya. fuh terasa macam matahari sejengkal depan muka aku beb.
"omma.. janganlah kacau" aku tarik bantal menutup muka
"ah ? apa dia ? cuba cakap kuat sikit" gerun aku saat omma dekatkan telinga dia ke muka aku. tak berani nak ulang tapi..
aku tak nak bangun lagi !
"emm.. jungjung tak sihat harini rasa macam nak muntah je uwek. badan pon rasa panas. alah biasalah winter kann. takpelah, jungjung rehat kat rumah jelah okey. omma takyah risau. jungjung dah besar. pandai jaga diri"
habis bebel, aku terus tekup muka pakai bantal balik. sempat aku nampak omma terkebil kebil.
hm nampak sangat aku ni pandai gila berlakon.
omma pon boleh percaya tauu"oh okeylah. kalau macam tu malam ni appa datang LA. appa ajak dinner tapi terpaksalah omma pergi berdua je dengan appa sebab jungjung tak sihat kan kena duduk rumah kann"
pantas aku duduk
"APPA"
omma tersenyum nakal.
ish cemanalah aku boleh lupa malam ni appa nak datang LA. padahal harini lah hari paling aku tunggu tunggu dalam tiga tahun ni. even beberapa hari je appa datang tapi aku tetap excited.
"omma tumpang lalu ! dah lambat nak ke kelas !" terus aku pecut masuk bilik air.
"wah, dah sihatlah anak omma !"
sempat omma perli aku.
apa apa jelah yang penting malam ni appa datang. yeay !
—————————————————————
"APPA"
terus aku berlari peluk appa sebaik sahaja masuk restaurant.
"ssh. senyap sikit. kan tempat awam ni" aik. appa gelabah ?
"come on lah appa. ni bukan korea okey ? ini LA. tempat kita boleh jerit suka hati. tengok ni HE—" tak sempat aku nak jerit hello aku dah kena tekup mulut dengan appa
appa geleng geleng. ish appa ni takut sangat orang pandang pandang
omma sekadar tersenyum di tepi.
hm serious ni first time dalam 10 tahun ni, kitorang dapat berkumpul bertiga macam ni balik.
family tak ramai pon. tapi payah betul kan ?
—————————————————————
"kenyangnyaa" aku dah bersandar pada kerusi
"jungjung. manner mana manner ?" omma menegur perlahan. aku tersengih sebelum duduk tegak balik
ish susah betul duduk dengan orang model ni.
like weh, omma sentiasa duduk tegak weh tak bersandar kat kerusi langsung. dah lama dah senanya aku perhati je. omma ni, catwalk banyak sangat tulang belakang dah tak boleh bengkok ke ? ehh"jungjung-ah. appa ada nak cakap sikit dengan jungjung. jom bawak appa jalan jalan sekitar sini kejap ?"
aku memandang omma.
"omma tunggu sini"
"okey jom"
aku tak bawak appa pergi jalan jauh. sekadar pusing taman yang berdekatan dengan restaurant tempat kitorang makan tadi je.
YOU ARE READING
✔️ pledis | svt
Fanfiction+ the story of a pledis ceo's daughter. © a seventeen fanfiction →inspired lepas tgk weekly idol pledis special warning; ni aku berangan je maaf bosan. aku tak pandai berangan