Bab 1

130 8 2
                                    

Pada satu malam yang suram ditemani bulan penuh yang mengambang cerah pada hari ke-15 sebelum bertukar kembali menjadi tandan tua, tersergam megah bangunan pencakar langit di tengah tengah ibu kota Thystland, Bandar Doppler iaitu Menara Bucks. Menara Bucks ialah cawangan syarikat bank yang terkenal di Thystland.

Menara itu dibina dengan struktur yang kukuh dan diperbuat daripada besi thanos. Rekabentuk ini telah diminta oleh CEO syarikat itu sendiri. Kononnya mahu melambangkan polisi syarikat yang tidak akan tumbang dengan mana-mana pihak lawan. Yang akan teguh berdiri selepas merebut klien berpotensi daripada syarikat bank yang lain.

Walaupun syarikat tersebut terkenal tetapi ia sering dilanda tuduhan menyeleweng dan menipu duit klien. Setiap kali mereka dihadapkan di mahkamah, mereka sering terlepas daripada pertuduhan kerana para hakim dan pendakwa rakyat telah diberi rasuah. Tetapi malam ini ialah malam di mana Menara Bucks ini akan runtuh setelah berdiri dengan lama.

Suasana yang sunyi itu dipenuhi dengan bunyi para pengawal di menara itu menguap untuk menunjukkan mereka sudahpun mengantuk. Dua orang pengawal yang berjaga di hadapan pintu masuk menara diserang hendap oleh dua orang perisik terbaik daripada Amethyst, Adam dan Paveena.

Mereka berdua telah menekan titik kelemahan di tubuh manusia yang berada berdekatan leher kedua dua pengawal itu sehingga pengsan. Pengawal itu seterusnya diangkat oleh Bobby dan diletakkan di tepi tetapi masih terselindung. Kemaraan tiga orang ini diikuti Izz yang memakai topeng muka berwarna hitam sama seperti rakan rakannya dalam misi kali ini.

Sementara itu, Aman si penggodam perisian komputer itu sedang mengambil alih sistem pertahanan teknologi bank itu. Aman telah berjaya mematikan semua jenis keselamatan di dalam bank itu untuk 10 minit. Harap harapnya masa itu cukup untuk pasukan perisik di dalam.

Aman memberitahu ketua perisik iaitu Adam melalui earphone di dalam van hitam , bahawa mereka ada 10 minit untuk melaksanakan misi ini. Destinasi mereka ialah tingkat 12 di mana terletaknya peti besi bank. Pengawal pengawal sudah dipengsankan oleh bom asap blackout ciptaan Farah yang telah diletakkan di menara terlebih dahulu.

Peti besi bank terbuka kerana telah digodam oleh Aman. Mereka kini mengeluarkan beberapa guni berisi duit yang mereka perlu. Di saat semua sedang leka memungut duit dan Adam meninggalkan nota di tempat yang sesuai, seorang pengawal menyelinap masuk dan menghampiri Paveena.

DDDUUSSHH!!

GEDEBUK!

Paveena sudah terbaring di lantai dan tidak menyedarkan diri. Pengawal itu kelihatan gembira kerana telah berjaya menumpaskan salah seorang perompak. Kegembiraannya tidak kekal lama sehingga Izz muncul dan menyepak celah kangkang pengawal lelaki yang berperut boroi itu. Dia jatuh berguling sambil tangannya menekap celah kangkangnya untuk menahan kesakitan yang amat perit.

Izz mengeluarkan pisau kecil miliknya dan melibas ke tangan pengawal itu. Makin pucat mukanya dan terus pengsan akibat terkejut yang melampau. Izz tersenyum sambil berkata, "Padan muka, sape suruh kacau kawan aku? Heh".

Adam menyergah Izz agar cepat melarikan diri dan membawa duit selepas menerima panggilan daripada Aman tentang kehadiran polis yang semakin dekat. Akhirnya, Adam menggendong cara piggy back Paveena manakala Bobby dan Izz membawa guni guni.

Sampai sahaja mereka di tingkat bawah, sebuah van hitam bersedia untuk bertolak berada di hadapan mereka. Izz dan Bobby melompat masuk menyertai Aman sebagai penumpang belakang. Adam dan Paveena duduk di hadapan bersama pemandu mereka, Danish.

Berderum derum enjin kereta berbunyi memecah keheningan malam di jalan raya. Misi kali ini, Amethyst telah berjaya laksanakan iaitu memberi hak sebenar klien mereka yang telah dimanipulasi syarikat Bucks dan juga menegakkan keadilan wanita tua yang menjadi mangsa bank itu.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now