Bab 13

35 2 1
                                    

Suasana di MINT sejurus sahaja mereka tiba agak bingit dengan desas-desus penuntut di situ. Mereka langsung tidak perasan akan kehadiran AMETHYST dan pelajar-pelajar dari AGENT mahupun guru baharu. Lebih-lebih lagi mereka bising kerana melihat sekumpulan budak-budak belasan tahun keluar dari jet rasmi negara.

Walaupun situasi yang ada ini bingit, ia tidak menghalang Nabil, Faris, Iz, Danish, Paveena, Aish, Akram dan Farhan untuk mengusung rakan mereka yang perlu perhatian paramedik ke Medbay. Eldora mematikan enjin jet dan mengunci semua sistem dengan kunci yang diamanahkan oleh Ustaz Nash. Ain dan yang lain turut keluar dari jet itu dan bertemu Ustaz Nash.

Kebanyakan penuntut MINT mengenali siapa Ustaz Nash dan ini mengundang lebih banyak spekulasi liar. Khalayak ramai itu bersurai dengan arahan yang dibawa oleh senior-senior mereka. Ustaz Nash membawa mereka pergi ke tempat yang lebih tertutup dan terlindung dari penglihatan penuntut MINT. Mereka semua berjumpa dengan keseluruhan ahli kelas di dalam bilik mesyuarat yang agak luas.

Kelihatan Leftenan Adlina dan seorang wanita sebayanya duduk di hadapan mereka. Mereka semua juga telah mengambil tempat duduk yang disediakan. Wanita sebaya Leftenan Adlina itu berdehem sekejap sebelum memperkenalkan dirinya. Jeneral Maria Conrad , dia memaklumkan ahli AMETHYST tentang kedudukannya di MINT.

Sebelum ini dia berkhidmat dalam ketenteraan bahagian udara. Selama 30 Beliau berkhidmat, Jeneral Maria membantu penubuhan MINT. Atas segala usaha dan pertolongan dari Leftenan Adlina, yang merangkap Penolong Kanan AGENT, Jeneral Maria mampu merealisasikan impiannya.

Beliau kini ialah Ketua Pengarah MINT. Walaupun MINT baru ditubuhkan pada tahun 2005, beberapa tahun lewat selepas munculnya AGENT, reputasi mereka amat baik dengan negara-negara luar. Jeneral Maria ialah kenalan rapat Leftenan Adlina. Dia juga memaklumkan bahawa dia seorang guru di MINT sebagai guru kimia.

Selesai sahaja Jeneral Maria bermuqaddimah, Leftenan Adlina terus menyentuh perkara utama yang menyebabkan mereka semua berada di bilik mesyuarat ini. Danish dan Raihana berdiri dari tempat duduk mereka. Dengan nada yang penuh rasa kekesalan Danish melaporkan semua yang berlaku sewaktu misi dijalankan.

Selesai Danish dan Rai melaporkan segala yang berlaku, Suhaila bangun dan memaklumkan tentang maklumat baharu yang ditemui Sarah dan Farah. Pada saat ini, mereka yang menghantar ahli AMETHYST ke Medbay memasuki bilik mesyuarat itu. Suhaila menyatakan Fernand mempunyai motif yang lain.

Sarah menerangkan bahawa terdapat enam titik kawasan yang ditanda dan mungkin membawa kepada satu kesimpulan. Selain itu, Farah tidak lupa untuk menyatakan bahawa ada formula serum yang agak berbelit untuk dihasilkan dijumpai di dalam bilik kecil itu. Mereka bertiga khuatir jika Fernand bukan sahaja mengancam kedudukan para pemerintah negara tetapi juga mengancam nyawa masyarakat dunia.

Motif utama Fernand yang kononnya diketahui mereka hanyalah pengalih perhatian. Matlamat utama Fernand masih belum diketuahui, dengan itu Suhaila memohon kepada Ustaz Nash, Leftenan Adlina dan Ketua Pengarah MINT untuk memberikan mereka masa untuk mengembalikan prestasi AMETHYST bersama. Mereka bertiga bersetuju dengan permintaan Suhaila.

Dengan itu, Leftenan Adlina dan Jeneral Maria bersurai dari bilik mesyuarat itu. Mereka semua dam Ustaz Nash masih lagi berada di dalam bilik mesyuarat itu. Sebelum sempat Ikmal bertanya, ketukan pintu bergema dalam bilik itu. Ketukan itu diiringi dengan bukaan pintu yang mendedahkan gerangan yang ditunggu oleh Ustaz Nash.

"Saya tahu awak semua penat dan nak melihat keadaan kawan-kawan awak semua di Medbay, tapi sebelum saya nak perkenalkan dua orang ahli baharu kepada awak semua", Ustaz Nash menerangkan mengapa ada seorang budak perempuan dan lelaki sebaya mereka yang baru masuk ke situ. Budak perempuan itu berambut merah, berkulit pucat, sudah pasti pelatih yang datang dari luar negara. Lelaki itu pula berambut hitam dan tubuhnya yang agak kurus itu menjadikan dia kelihatan tinggi.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now