Bab 11

54 6 0
                                    

Kini, dua buah bas kembali bergerak di atas jalan raya. Arah tuju mereka sekarang ini ialah markas MINT atau membawa maksud Markas Internasional Negara Thystland. Seorang sahabat Ustaz Nash memberi pertolongan kepada mereka.

Markas tersebut juga bertindak seperti AGENT, cuma MINT menerima dan melatih sesiapa sahaja. Sama ada warganegara ataupun warga luar, B40 mahupun T20, mereka menerima penyertaan mereka. Tambahan lagi, MINT menawarkan perkhidmatan mengajar serta melatih pelatih yang dihantar dari luar negara.

Suasana di dalam bas kembali sunyi selepas berhenti sebentar tadi. Mereka berhenti kerana perlu menunaikan solat Asar. Para pelatih yang masih hidup bergegas menaiki bas masing-masing dan duduk di tempat sebelum ini, kecuali Danish. Dia menukar tempat duduknya untuk berada di sebelah Nabil.

Senyap. Janggal. Itulah yang sedang berlaku sekarang. Danish berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian Nabil. Lain pula respon Nabil terhadap kehadiran Danish di situ. Dia terus menutup matanya sambil bersilang lengan. Nampaknya Nabil berputus untuk memberikan Danish silent treatment. Dia dapat dengar Danish mengeluh.

"Aku tahu kau dengar. Huh. . . Aku tahu aku salah tapi, apa yang aku katakan semuanya betul. Aku sendiri nampak Ikmal dengan Aman terima emel amaran daripada Fernand. Aku tahu kau kecewa sebab aku bergaduh tadi, aku minta maaf. Aku rasa marah, kau pun tahu Syahmi tak ada, kelas kita macam mana kan?".

"Kau macam tak ingat pulak bila kita semua bergaduh sebab Cikgu Tuan suruh buat perdebatan antara laki dengan perempuan. Kalau tak ada Syahmi dengan Rai, kau sendiri tahu yang akan berlaku 'Perang Dunia 3' en", Danish tersenyum sendirian mengenangkan memori mereka sekelas bersama.

Tiada apa yang dia lebih hargai daripada detik-detik gembira dan suka bersama rakan-rakan dia. Nabil akhirnya membuka mata dan menghadap ke depan, dia tidak lagi memandang ke luar melalui cermin tingkap bas itu. Danish melirikkan mata melihat Nabil, nampaknya hati kawannya nan seorang itu sudah tidak sekeras tadi.

"Jadi, kau maafkan aku?", pertanyaan Danish yang ditujukan kepada dia dibalas dengan huluran tangan kanan. Danish tersenyum lebar dan terus berjabat tangan dengan Nabil, Danish sendiri tidak boleh tahan jika Nabil merajuk. Tanpa dia sedari, dia sebenarnya banyak mengharapkan pertolongan dan harap harinya dihabiskan dengan sahabat baiknya itu.

Masa berlalu dengan pantas tanpa mereka sedari kerana kini kedua-dua buah bas itu sudah sampai ke destinasi yang ditunggu-tunggu. Tembok setinggi kira-kira 5 meter berwarna kelabu memagari kawasan MINT yang sememangnya luas dan besar.

Disebabkan markas ini menerima pelatih dari luar negara, mereka perlu memyediakan fasiliti yang mencukupi. Di samping memberi keselesaan kepada para pelatih yang menuntut di MINT, hal ini turut menjaga maruah dan tahap keprihatinan Pemimpin Thystland.

Sebaik sahaja bas itu beredar menuju je ruang parkir, mereka yang sudah turun memerhati MINT dengan teliti. Suasana di situ agak tenang dan aman, amat berbeza dengan suasana yang menemani mereka semua sepanjang perjalanan mereka. Sepertinya berita tentang kemusnahan AGENT tidak dihebahkan di sini.

Ianya suatu tindakan yang bagus juga, jika tidak, hal ini akan membuka peluang untuk musuh-musuh yang dengki akan kemashyuran Thystland. Ada seorang wanita yang melangkah ke arah kelompok mereka, langkahannya kelihatan sangat deras.

Segera sahaja wanita yang dianggarkan sebaya dengan Leftenan Adlina, berjabat tangan antara satu sama lain. Sementara mereka berdua berbual secara perlahan, Ustaz mengumpulkan semua pelatih dan menerangkan serba sedikit tentang situasi sekarang yang masih kabur pada sesetengah orang.

"Saya tahu situasi yang kita hadapi sekarang ini memang tidak dijangka tapi, inilah realiti yang telah berlaku. Kejatuhan AGENT dan kematian yang banyak telah membuatkan kita agak hilang arah tujuan kita. Akan tetapi kejatuhan ini akan jadi penyebab utama untuk kita bangkit", Ustaz memandang setiap seorang anak muridnya.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now