Bab 2

79 6 7
                                    

Sesi persekolahan untuk murid sesi pagi sudahpun tamat. Loceng sudah lama berkerincing menandakan pelajar sudah boleh pulang ke rumah dan permulaan waktu persekolahan untuk murid sesi petang. Persekitaran sekolah seperti laut yang dipenuhi ikan-ikan kerana para murid berada di sana sini di luar kawasan sekolah.

Ada yang menunggu bas, ada yang berbual hal remeh dan ada yang membeli makanan daripada penjual. Tidak kurang juga dua orang Amethyst yang berada di perhentian bas. Seperti murid biasa, Iz dan Shuuban sedang bersembang di luar sekolah sambil dikelilingi pelajar lain.

Iz bercerita pada Shuuban tentang pisaunya yang tidak dijumpai sejak misi terakhir mereka. Kemungkinan besar pisaunya itu tertinggal di dalam bank tersebut. Baru hari ini Iz perasan ketiadaan pisaunya. Jika tidak, pisau kesayangannya itu akan sentiasa berada dalam poket seluar.

"Eh, eh, tengok! Budak Metis lah. Patutlah senang nak cam tadi, maklumlah nampak bodoh", Arsyad senyum sinis memandang mereka. Tiba-tiba sahaja muncul pasangan kembar yang paling berpengaruh dari tepi. Dasar pencari tumpuan, hanya tahu mencelah dan berlagak seperti dunia berputar sekeliling mereka.

"Damn! Aku tak tahu pulak rupa boleh tentukan bodoh ke pandai. Sebab an, kau nampak lagi bodoh daripada aku",Shuuban membalas. Shuuban tidak akan membiarkan mereka senang lenang memerli dirinya dan rakannya. Seorang lelaki yang seiras dengan Arsyad berhadapan dengan Shuuban.

"Eh, engkau tu tak reti nak sedar diri eh? Dah tahu diri tu sememangnya hina ada hati nak hina orang lain? Heh jangan mimpilah", Irsyad yang Lebih panas baran daripada kembarnya membalas. Berani seorang Amethyst menggelar dirinya bodoh. Tidak! Reputasi sebagai pembuli harus dipertahankan! Dia harus memikirkan cara yang terbaik untuk membalas sindiran sinis Shuuban.

"Kau dengan kelas kau semua sama je. Bodoh, tak ada maruah dan tak sedar diri. Patutnya, laki lembik macam korang ni pergi jual badan dekat kelab malam, baru dapat tampung kehidupan. Sama macam budak perempuan kelas kau, patut gadaikan aje dara dorang tu. Oh, atau dara dorang memang dah hilang? Heh", seraya itu, Irsyad ditumbuk padu oleh Iz.

Daya yang kuat telah menolak Irsyad ke belakang. Asyraff bertambah berang melihat aksi Iz. Terdapat kesan darah yang jelas di bibir Irsyad. Kembarnya, Arsyad mendapatkan dirinya yang hampir jatuh. Semua yang berada sekeliling mereka terkejut melihat Irsyad telah ditumbuk!

"Engkau, aku tak kisah kau nak kutuk aku, burukkan aku, hina aku sesuka hati kau. Sebab aku dah biasa terima ludahan korang semua! Tapi-", Iz mengucapkan kata-kata itu dengan sangat serius. Tiada riak kenakalan yang selalu dipamerkan sebelum ini. Wajahnya garang dan bengis.

"Jangan, dan jangan sesekali nak heret kawan kawan aku masuk sekali! Kau tu yang sebenarnya lebih hina daripada anjing kurap kat tepi jalan, yang bodoh sebab menindas orang dan kaulah yang tak bermaruah kerana melakukan semua ini!", sebaik sahaja Iz menutup mulut, satu tumbukan dikenakan padanya.

Shuuban yang tidak sanggup membiarkan Iz dibelasah membalas kembali. Orang ramai mula berkerumun dan menggalakkan pergaduhan itu. Bagi mereka ini ialah satu peluang! Peluang untuk melihat orang-orang yang tidak disukai ditimpa masalah. Ramai yang merakam pergaduhan mereka berempat. 

Tak lama kemudian, datang seorang guru disiplin yang meleraikan pergaduhan tersebut. Masing masing kelihatan selekeh. Rambut yang serabai dan baju yang kotor. Merah padam muka guru disiplin itu menahan marah dan malu kerana ada pelajar sebegini. Bagaimana harus dia menjawab jika pengetua atau badan pentadbiran tahu tentang ini? Dan ibu bapa sang kembar, sudah pasti mereka berasa kecewa.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now