Bab 9

41 4 0
                                    

Kejadian semalam agak menakutkan dan pagi ini juga mereka melaporkan pada Ustaz Nash. Sesungguhnya Aman dan Ikmal menyesal melakukan keputusan untuk menekan alamat artikel itu. Mereka masih lagi tidak pasti samada itu ancaman palsu atau akan benar benar terjadi. Tetapi mereka rasa lega apabila hari esok dijalani dengan biasa.

Hari ini semuanya berjalan seperti biasa. Matahari masih lagi terbit dari timur dan keriuhan kelas mereka tidak berkurang walaupun satu oktav. Nabil dan Danish masih lagi mengadakan konsert melalak di dalam kelas. Adam masih dengan rambut keritingnya dan Iz masih lagi dengan perangai nakalnya.

Semuanya tiada yang berubah. Saat ini Ikmal dan Aman mengucapkan rasa syukur hari sekolah mereka normal dan tiada apa-apa perubahan. Ancaman itu mungkin hanya sebagai satu amaran dan gertakan sahaja. Tiada sesiapa yang tahu tentang ini kecuali mereka dan mungkin pekerja Headquarters.

Mereka berdua mahu melupakan ancaman itu dan mengalihkan perhatian mereka pada hari esok di mana mereka akan ke muzium senjata Thystland. Ia merupakan muzium tertutup dan hanya ahli angkatan tentera negara dan bertanggungjawab mengekalkan keselamatan negara sahaja boleh masuk. Ataupun dengan meminta Ketua Inteligen Negara membenarkan mereka pergi melawat muzium itu.

Budak budak perempuan yang memujuk Ustaz untuk membuat lawatan ke sana. Sekurang-kurangnya pengetahuan mereka bertambah. Malah pembelajaran di sana tentu seronok! Yang lelaki pula hanya mengiyakan sahaja kehendak budak perempuan.

Sudah lama mereka tidak berhubung dengan dunia luar secara fizikal. Berkomunikasi melalui alam maya juga jarang sekali kerana sibuk dengan kerja sekolah dan latihan. Ada dua bas yang akan ke sana dan tidak semua ahli kelas mereka akan mengikuti lawatan tersebut.

Ini bermaksud hanya 25 daripada mereka yang akan keluar dari AGENT. Satu bas lagi akan dipenuhi oleh pelatih pelatih lain. Mereka yang tidak mengikuti lawatan tersebut ialah Adam, Shuuban, Syahmi, Danish, Irman, Raihana, Farah dan Nadhrah. Farah mengajak mereka berdua untuk melakukan projek sampingan yang khas untuk mereka berdua.

Raihana agak advance dalam komputer dan kebolehannya diperlukan dalam projek mereka. Yang lelaki pula sudah bersetuju untuk menonton filem di dalam dorm bersama-sama. Syahmi dan Shuuban terpaksa mengikut kehendak Adam dan Irman kerana kalah dalam pertarungan osom yang sengit.

Manakala Danish pula tinggal di AGENT hanya untuk merakam saat-saat memalukan Syahmi sewaktu menonton filem. Dan sudah tentu cadangan itu ialah buah idea Iz, di mana dia sememangnya suka mengumpul bahan blackmail orang.

Mereka ada meminjam sebuah projektor dari Makmal Komputer agar dapat menyaksikan filem. Malam itu semua tidur dalam keadaan nyenyak dan tidak berjaga jaga. Hanya pungguk hutan sahaja yang memandang bulan dengan harapan hari esok akan baik baik sahaja. Seperti sang pungguk tahu sesuatu yang manusia tidak tahu.

Suara unggas bersahut sahutan kedengaran riuh seolah olah akan berlaku ribut. Malam berganti siang. Suasana alam yang sunyi bertukar sibuk dengan kerja harian manusia. Bintang bintang yang menghiasi langit sudah mula menghilang. Bumi telah berputar di paksinya dan menghadap separuh bumi ke matahari. Menandakan hari baru sudahpun bermula dan mereka, penghuni bumi perlu meneruskan hidup.

Begitu juga dengan Amethyst, riuh sana sini menentukan siapa duduk di mana dan berbalah samada lelaki atau perempuan yang akan memenuhi ruang belakang bas. Sehinggalah Ustaz Nash pun dilibatkan sekali dalam perbalahan mereka. Dinah memanggil Ustaz Nash dan memintanya untuk mengadili perbalahan keanak-anakan mereka.

Akhirnya mereka semua bersetuju untuk membiarkan budak perempuan duduk di belakang. Selepas dileteri oleh Cikgu Sha sekali yang kebetulan lalu di depan mereka. Katanya, aib perempuan itu harus dilindungi oleh lelaki dan sepatutnya lelaki yang duduk di hadapan perempuan.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now