Bab 3

64 5 3
                                    

Mereka masih terkejut dengan pernyataan yang diucap oleh Detektif Eizman sebentar tadi. Sangka mereka, samada dihukum atau dimasukkan ke dalam juvana tetapi mereka telah direkrut sebagai ajen rasmi negara! 

Detektif Eizman meminta agar semua orang kembali duduk semula. Masing masing bercampur baur perasaan terkejut, terpana, gembira dan dan bersyukur. Sarah bernyanyi nyanyi seperti keawang awangan mendengar berita ini.

"Ya, saya tahu kamu semua terkejut dan tak sangka dengan keputusan yang dibuat oleh pemerintah tertinggi negara tetapi, hal ini kerana kecekapan dan bakat kamu semua, jika kami latih dan asah sebaik mungkin akan mengukuhkan pertahanan negara dalam diam. Kamu semua akan dilatih di AGENT , sebuah sekolah yang jarang didengari tetapi amat terkenal di kalangan polis".

"AGENT membawa maksud Akademi Gemilang Elit Negara Thystland. Ramai, malah beratus orang tentera elit telah menjadi lepasan sekolah ini. Secara ringkas sekolah ini ditubuhkan oleh Menteri Pertahanan Negara pada tahun 1990 secara rahsia dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Di sana nanti mungkin kamu akan alami kejutan budaya sedikit, terutama untuk pelajar perempuan".

Aishah si penembak jarak dekat menepuk nepuk bahu Trisya. "Entah entah, tak ada pelajar perempuan kat sana kott. Kau rasa? Detektif tu kata ada culture shock untuk kita semua, apa agaknya?", Trisya menoleh memandang Aishah.

"Aku rasa, kalau pikir logik, kita baru 15 kott nak masuk AGENT. Dia kata tempat tu latih askar dan polis, aku rasa kita yang paling junior, rasanyalah". Detektif Eizman yang sebenarnya mendengar perbualan mereka mengangguk tanda setuju.

"Ya betul tekaan kamu. Di AGENT, amatlah jarang untuk ada perempuan, kalau adapun, hanya jurulatih dan guru sahaja. Jadi, anda ialah pelajar perempuan pertama di AGENT. Dan, ya betul kamu semua ialah pelatih paling muda di sana nanti", Amethyst dapat mengesan bala bencana yang akan menimpa mereka.

"Purata umur pelatih di sana ialah 21 tahun keatas. Mungkin kamu akan menghadapi masalah berkomunikasi dengan pelatih lain tetapi selepas melihat semangat kamu yang tinggi, saya rasa kamu semua boleh biasakan  diri di sana nanti". 

Mereka tahu, ke mana sahaja mereka pergi akan ada halangan tetapi itu bukanlah satu alasan untuk berundur. Mereka memandang muka setiap ahli dan mengangguk dengan kesungguhan. Jika inilah peluang untuk membuka penyamaran mereka selama ini yang asyik ditindas maka mereka rela.

Detektif Eizman menepuk tangan untuk mengembalikan fokus kepada dirinya semula. Di tangannya ada borang yang mencukupi untuk 33 orang murid. Dia mengagihkan borang borang itu dan memastikan semua murid dapat.

"Pendaftaran Kelas Latihan AGENT. . . Amende ni?", Danish yang terkenal dengan suara yang selalu melalak dan membuat konsert di dalam kelas bertanya dengan kuat. Seraya itu, semua mata memandang Detektif Eizman. Cahaya ingin tahu bersinar di dalam mata mereka.

"Untuk pengetahuan kamu, ada 5 kelas yang diperuntukkan di sini. Setiap kelas akan disertai oleh pelatih pelatih yang sesuai dan mahir dalam sesuatu bidang. Contohnya, seorang penggodam perlu memasuki kelas Computer Intelligence dan akan belajar teknik dan cara menggodam dan menghancurkan sistem pertahanan teknologi".

"Seorang strategis juga digalakkan untuk mengambil kelas ini. Kamu perlu mendaftar untuk sekurang kurangnya 3 kelas pilihan sendiri. Pastikan pilih yang kamu selesa dan mahir", serentak itu, Amethyst menulis nama pada borang itu dan menanda 3 kelas yang akan disertai. Pada masa yang sama, Detektif Eizman menerangkan lagi tentang kelima lima kelas itu.

"Kelas pertama yang ditawarkan ialah kelas Kombat. Ini ialah salah satu kelas basic yang ajen patut ambik. Kelas ni akan melatih stamina kamu dan kemahiran berlawan jarak dekat. Sekali latihan dilangsungkan selama 2 jam. Perisik dan penembak tidak kira jarak dekat atau jauh disarankan agar mendaftar kelas ini". Sambil menulis nama masing masing mereka tekun mendengar penerangan Detektif Eizman.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now