Bab 6

58 10 3
                                    

Flashback

Syahmi dapat rasakan tusukan jarum pelali terkena bahunya. Dia melihat Nabil untuk memastikan semuanya mengikut perancangan. Mereka harus berlakon pengsan dan keluar daripada tumpuan AGENT. Tiada yang mahu kisah dengan yang telah ditumpaskan bukan? Ikmal yang menyamar sebagai dirinya langsung tidak bersuara. Sama juga seperti dirinya.

Semua arahan yang dilontarkan hanya daripada Adam. Kumpulan mereka akan mengalihkan perhatian dan memberi masa Syahmi untuk menyelesaikan aktiviti ini. Dia pasti akan ada serangan terakhir di padang nanti. Semuanya akan jadi kucar kacir. Lebih lebih lagi, disebabkan Su tidak dapat menggodam sistem android, mereka berada setapak di belakang rancangan mereka.

Dia dibaringkan di sebelah Nabil. Mendengar derapan kaki yang semakin sayup Syahmi membuka bibir mata untuk melihat keadaan. Terima kasih pada tembakan palsu yang dilepaskan oleh Raihana dan Iz dari bangunan utama telah berjaya mengurangkan syak wasangka pasukan sniper mereka sudah lama ditumpaskan.

Menara kawalan berdekatan dengan bangunan Chemical Lab. Makmal itu berada betul betul di sebelah padang menembak. Dia menggerakkan Nabil bangun.

"Kita bertindak sekarang", bisikan itu kedengaran bersemangat walaupun diucapkan dengan nada yang perlahan.

Tiada sesiapa yang berada di makmal kimia dan makmal komputer pada waktu ini. Waktu pagi dikhaskan untuk latihan di padang kerana waktu pagi yang sesuai mengeluarkan peluh. Syahmi dan Nabil menaiki tangga sepantas mungkin ke Makmal Kimia. Dari situ, Syahmi akan ke bumbung dan melompat ke padang.

Hanya ada satu masalah, walaupun bangunan itu tidak ada manusia tetapi ada android yang bersiap siaga. Dan untuk ke makmal, mereka perlu menghadap sistem penggera lazer. Sampai di tingkat dua, terpampang lazer merah yang bersirat.

" Okay Nabil, ini waktu kau", Syahmi berundur ke belakang sedikit memberi ruang pada Nabil.

Nabil menarik dan menghembuskan nafas dan melonggarkan sendi badan. Dengan itu Nabil melentokkan badan dan memasuki kawasan merah. Di dalam poketnya tersemat alat peranti yang diambil dari Aman. Kerjanya cukup mudah, dan dia tiada alasan untuk tidak berjaya.

Sementara Nabil menjiwai setiap ruang terbatas yang dipagari lazer merah, Syahmi berjaga di belakang tangga. Android mungkin menyerang mereka bila bila sahaja.

"My, kau dah ada dalam position?", Mirza menghubunginya.

"Belum lagi. Beli lagi masa ", dia cuba kekal tenang.

Sekali lagi dia menjeling Nabil dan melihat dia semakin hampir dengan pintu makmal. Berdebar debar jantung Nabil cuba mengawal setiap pergerakan agar tidak menyentuh lazer. Lagi tiga langkah sahaja dan dia tidak boleh melakukan kesilapan.

Tiga. . .

Dua. . .

Satu!

Nabil berpaling ke belakang dan melepaskan nafas yang dia tidal sedar dia telah menahan sejak 3 saat tadi. Peluh yang membasahi rambut depan dilap dengan lengan. Dia menyeluk poketnya dan melekatkan peranti ke kotak kecil yang berkunci. Aman dah siap siap maklumkan Nabil tentang kotak kecil itu. Ia menyambung ke bekalan kuasa penggera lazer.

Dalam masa 5 saat sahaja lazer merah menyala sebentar tadi hilang. Syahmi berlari ke Nabil yang menunggu di pintu makmal. Dia perlu menamatkan aktiviti ini secepat mungkin. Dia menolak daun pintu dan terdengar mereka berdua mendengar suara android di tangga. Tanpa banyak bunyi mereka menutup kembali pintu dan serta merta lazer merah mula muncul kembali.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now