Bab 5

82 9 21
                                    

Malam hadir ditemani bulan dan bintang di angkasa yang kini gelap. Bagaikan selimut yang tebal ia membaluti bumi agar penghuninya tidur dan melupakan urusan dunia untuk seketika. Namun lelaki lelaki Amethyst masih belum tidur memandangkan ada tetamu yang datang ke dorm mereka. Mereka baru sahaja habis solat Isyak.

Malam masih lagi muda dan baru pukul 9:20 p.m. Di bilik dorm lelaki semuanya masih segar dan terjaga. Agak pelik melihat Abang Am yang duduk di tengah tengah bulatan. Yang lain bersila dengan merapatkan lutut bersama lutut.

Abang Am tidak menunjukkan rasa gelisah dan berlagak tenang. Dia menarik dan menghembuskan nafas dengan harapan sesi soal jawab ini akan berjaya. Bukankah orang yang tenang akan berjaya? Syahmi dan yang lain tersenyum melihat Abang Am. Apa pun yang mereka bakal menjawab malam ini, mereka perlu berwaspada.

"Teruskan mula pertanyaan Abang. Kitaorang pikir cara ni mudah sebab Abang dapat tanya sesiapa sahaja perkara yang Abang nak tahu", Mirza yang bertanggungjawab memikirkan pelan agar Amethyst tidak akan dikalahkan dan ditindas tersengih.

Cara ini semestinya akan membuatkan sesiapa sahaja berasa cuak, cemas dan resah. Melalui pandangan yang dapat dilihat seluas 360° oleh mereka, pasti ada klu kenapa Abang Am berada di sini. Seboleh bolehnya, mereka tidak mahu percaya Abang Am di sini bukan sebagai musuh mahupun pengintip.

"Okay, soalan pertama macam mana korang boleh terfikir nak tubuhkan Amethyst?", soalan ini ditujukan pada Adam. Adam dengan tenang menjawab dengan jawaban yang telah lama disediakan.

"Amethyst, kitaorang ni satu kelas untuk tiga tahun. Waktu tahun pertama tu, ada seorang hamba kiriman Allah ni yang dah bagi kitaorang inspirasi. Dari situ kitaorang cuba cari kebolehan masing masing. Hamba Allah tu jugak ajar kitaorang untuk tolong tegakkan keadilan".

"Kadang kadang, tak ada sape yang akan peduli pada mereka yang benar benar perlu bantuan, simpati dam keadilan. So, dari situ semua setuju dengan idea tu. Semua yang berlaku dan terjadi dari hari tu sampailah hari ini, tak lain tak bukan, semuanya atas izin Allah".

Adam berhenti sekejap sebelum menyambung. " Akan sentiasa ada sebab atas suatu peristiwa. Ada sebab kenapa Hamba Allah tu datang pada kitaorang, ada sebab kenapa kitaorang tak dapat ditangkap selama ini. Sama jugak, ada sebab kenapa Iz tercicir pisau dia hari tu", Mirza menyambung.

"Betul tu, andai kata kitaorang tak de kat sini, mungkin kami still kena tindas dengan warga sekolah. Yelah, sekolah tu bukan suka terima kitaorang". Abang Am mengangguk tanda faham.

Kali ini dia bertanya kepada Syahmi siapa yang pandai mengendali senjata. Abang Am cuba tanya dengan bersahaja untuk tidak menimbulkan sebarang syak.

"Ouh, kalau senjata yang guna untuk jarak jauh tu Irman. Dia boleh tahan power jugak ah. Kalau handgun tu ramai yang pandai guna ", Syahmi memberi jawaban seperti yang dirancang.

Malangnya sesi soal jawab mereka bukan menjelaskan lagi spekulasi Abang Am yang kabur tetapi menambah lagi awan gelap dalam fikirannya. Tanpa Abang Am sedar, dirinya telah dipermainkan oleh budak budak! Sesi soal jawab itu diteruskan lagi.

Sementara itu dorm perempuan pula senyap. Mereka sibuk mengulang kaji tentang AGENT. Suhaila dan Aqilah sibuk mengkaji setiap sistem elektronik di AGENT dan cuba memerhati aktiviti di menara kawalan. Sedaya upaya mereka mengkaji agar dapat menghasilkan sistem kod untuk memecah masuk sistem menara kawalan pada bila bila masa sahaja.

Hal ini disebabkan sistem pertahanan data AGENT tidak mengubah sistem pertahanan mereka dari semasa ke semasa. Dinah dan Iwani pula membuka profile pelatih pelatih AGENT dengan bantuan Nisa. Kini mereka boleh mengakses ke dalam program tersebut dengan mudah dan tanpa dikesan.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now